Penyertaan Staf PKTAAB Meriahkan Sambutan Hari Pekerja 2026 Bersama Kontinjen USM
May 01, 2026
DEWAN SMJK JIT SIN, JALAN BINJAI, TAMAN SRI RAMBAI, 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG, April 22 2025
Penyertaan IPPT dalam Karnival STEM SMJK Jit Sin 2025: Memperkasa Pendidikan STEM di Peringkat Sekolah Menengah
Karnival STEM di SMK Jit Sin bertujuan memupuk minat dan kesedaran pelajar sekolah menengah terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial universiti dan usaha memperkukuh hubungan dengan komuniti, tiga jabatan di bawah Institut Perbatan dan Pergigian Termaju (IPPT) iaitu Jabatan Kesihatan Komuniti, Jabatan Sains Pergigian dan Jabatan Toksikologi telah mengambil bahagian secara aktif dalam menjayakan karnival ini.
Jabatan Kesihatan Komuniti (JKK) memainkan peranan penting dalam mempromosikan kesihatan awam melalui pendidikan, pencegahan penyakit, dan kelestarian alam sekitar. Aktiviti membuat lilin daripada minyak masak terpakai secara langsung dan tidak langsung berkait rapat dengan prinsip-prinsip ini.
Pembuangan minyak masak terpakai ke dalam sistem perparitan atau tanah boleh mencemarkan air dan tanah, serta menggalakkan pertumbuhan vektor penyakit seperti lipas dan tikus. Melalui aktiviti ini, pelajar diajar cara mengurus sisa dapur dengan betul dan bertanggungjawab.
Aktiviti ini boleh dijadikan platform untuk menyampaikan mesej berkaitan kesan penggunaan berulang minyak masak terhadap kesihatan (seperti penghasilan radikal bebas, risiko kanser, dll.)
Dengan mengajar komuniti cara menukar sisa kepada produk yang berguna, jabatan menyumbang kepada peningkatan literasi kesihatan dan alam sekitar serta pemberdayaan masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan lestari.
Aktiviti ini selari dengan beberapa objektif SDG yang sering diterajui oleh jabatan kesihatan komuniti, seperti:
Selain ini, JKK juga membawa handgrip dynamometer iaitu alat yang digunakan untuk mengukur kekuatan genggaman tangan seseorang. Kekuatan genggaman tangan berkait rapat dengan status kesihatan umum, status pemakanan, dan fungsi fizikal keseluruhan.
Jabatan Sains Pergigian memainkan peranan penting dalam memperkenalkan dan mengintegrasikan elemen STEM secara praktikal dan berimpak tinggi, terutamanya dalam konteks kesihatan mulut dan pergigian. Antara pameran yang telah dijalankan:
Bertemakan “ToxiTeens: Decode the Science of Toxicology” tarikan utama yang dibawakan oleh Jabatan Toksikologi ialah aktiviti interaktif pengenalan kepada sel, yang memberikan gambaran asas tentang struktur dan fungsi sel manusia melalui model visual dan perbincangan mudah faham. Aktiviti ini menjadi asas penting sebelum pelajar memahami bagaimana sel boleh terkesan akibat pendedahan kepada bahan toksik.
Dalam aktiviti seterusnya, toksikologi persekitaran dan pekerjaan, pelajar didedahkan kepada jenis-jenis bahan toksik yang terdiri daripada bahan logam berat yang biasa ditemui di persekitaran rumah, sekolah dan tempat kerja, serta kesannya terhadap kesihatan sel dan organ. Penerangan disampaikan dalam bentuk demonstrasi dan aktiviti hands-on yang menyeronokkan,
Satu lagi tarikan utama ialah aktiviti kuiz interaktif berkaitan kanser, yang menekankan kaitan antara bahan kimia persekitaran, gaya hidup dan risiko pembentukan sel kanser. Kuiz ini bukan sahaja mencabar minda pelajar, malah memberikan maklumat penting tentang pencegahan dan kesedaran awal terhadap penyakit ini.
Pameran dan aktiviti yang dijalankan telah berjaya menarik perhatian ratusan pelajar dan guru, yang memberi maklum balas positif terhadap pendekatan pembelajaran yang lebih terbuka, menyeronokkan dan praktikal.
Pihak IPPT amat berbesar hati atas jemputan pihak sekolah serta kerjasama yang diberikan sepanjang karnival ini berlangsung. Aktiviti seumpama ini bukan sahaja memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang bidang sains kesihatan, malah membantu mencungkil minat dan bakat muda dalam bidang penyelidikan dan inovasi.