PKTAAB Newsletter Kini Tampil Berwajah Baru
Apr 30, 2026
UNIVERSITY OF CYBERJAYA, CYBERJAYA, November 4 2025
Pengenalan Biomedical Sciences & Engineering Exhibition (BSEE 2025) merupakan sebuah pameran yang menghimpunkan pelbagai institusi akademik, penyelidik, dan pihak industri berkaitan dengan sains bioperubatan serta kejuruteraan. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan inovasi dan teknologi terkini, memupuk jaringan strategik, dan meningkatkan kesedaran tentang peranan sains dan teknologi dalam pembangunan kesihatan.
Latar Belakang Penganjur Program BSEE 2025 yang dianjurkan oleh University of Cyberjaya dengan sokongan industri melalui Persatuan Pengilang Peranti Perubatan Malaysia (PERANTIM), serta penglibatan Medical Device Authority (MDA). Kesemua pihak memainkan peranan penting sebagai pemacu inovasi dan platform jaringan antara akademia, industri, dan pihak berkepentingan dalam bidang bioperubatan dan kejuruteraan.
Peranan & Faedah PTU Sebagai Pempamer
Aktiviti Sepanjang Pameran
Output penyertaan PTU Beberapa rakan industri, pembekal dan penyelidik dari universiti tempatan telah berminat untuk bekerjasama dengan pihak PTU dan IPPT dalam pengujian pra-klinikal untuk acute toxicity studies dan immunotoxicity testing bagi produk herba dan homeopati, pengujian klinikal bagi peranti perubatan termasuklah branula, butterfly needle dan pengujian urine bag leak testing (tidak termasuk skop pengujian yang ditawarkan oleh PTU). Jalinan kerjasama permulaan juga telah dibincangkan bersama Penolong Pengurus, bahagian pendaftaran produk, Medical Device Authority (MDA) dalam memperkenalkan PTU kepada pelanggan MDA. Terdapat juga beberapa pelajar tahun akhir yang berminat untuk menjalankan latihan industri di IPPT dan PPUSMB. Hasil perbincangan ringkas bersama PERANTIM bagi memastikan PTU memenuhi keperluan industri dari aspek pengujian dan regulatori akan dimajukan kepada pihak pengurusan PTU. Selain itu, terdapat sebuah syarikat tempatan yang berminat untuk berkolaborasi dalam kajian menggunakan pati minyak sebagai komplementari dalam terapi mental bagi pesakit payudara. Cadangan bagi pengujian pra-klinikal juga telah dimajukan kepada syarikat berkenaan. Perbincangan lanjut akan dimaklumkan oleh Dr Nor Effa kepada PTU dan BPIJ.
Impak & Cadangan Penambahbaikan Untuk menambahkan peluang libat-urus bersama peserta program, pihak PTU akan menyediakan bahan pameran yang lebih interaktif seperti kuiz, peralatan yang berkaitan pengendalian haiwan dan pra-klinikal. Selain itu, promosi melalui media sosial rasmi IPPT juga boleh dijadikan platform untuk memaklumkan penyertaan PTU pada program-program seumpama ini. Akhir sekali, cadangan untuk menyertai sesi forum atau pembentangan bagi meningkatkan keterlihatan (visibility) PTU boleh dipertimbangkan pada masa hadapan.
Kesimpulan Penyertaan PTU dalam BSEE 2025 telah memberi impak positif dalam meningkatkan visibility PTU dalam menyediakan perkhidmatan pengujian pra-klinikal, memperluas jaringan kerjasama, dan mempromosikan perkhidmatan pra-klinikal kepada komuniti saintifik dan industri. Penyertaan PTU pada program seumpama ini wajar diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu strategi pemasaran dan pengukuhan jenama IPPT-USM secara umum. Komitmen IPPT juga diharapkan akan selari dengan usaha PTU dalam memastikan perkhidmatan pengujian pra-kinikal di IPPT dapat diteruskan. Usaha dalam memastikan kemudahan yang lebih lengkap dan penyelenggaraan berkala dan sistematik dari pihak pembangunan adalah penting dalam memastikan PTU kekal mampu untuk meyakinkan pihak regulatori sebagai salah satu makmal terbaik yang mendapat pengiktirafan OECD-GLP Compliance Quality System di Malaysia.