Dari Ekstrak Ke Isyarat Sel: Menyingkap Potensi Mikroalga Dalam Penyelidikan Kanser
Oct 20, 2026
PUSAT JAGAAN DAMAI PERMAI, KEPALA BATAS, PULAU PINANG, July 24 2023
Pada Sabtu, 24 Jun 2023, satu program lawatan ke Pusat Jagaan Damai Permai, Kepala Batas, Pulau Pinang telah dijalankan di bawah Program Khidmat Santun Masyarakat IPPT-ASA. Program selama sehari ini membawa satu tujuan utama iaitu untuk menyantuni komuniti setempat dan memberikan khidmat sosial komuniti kepada masyarakat di utara Semenanjung Malaysia bagi melahirkan rasa simpati, kasih saynag dan keprihatinan disamping memberi sokongan moral kepada warga pusat jagaan di situ. Program lawatan ini melibatkan 15 orang pelajar IPPT dan 4 orang pensyarah pengiring secara sukarela.





Sekitar aktiviti bersama warga pusat jagaan
Para sukarelawan tiba di pusat jagaan tersebut seawal pagi dengan perasaan yang gembira. Warga pusat jagaan tersebut berasa sangat gembira dengan kedatangan para sukarelawan di situ. Antara aktiviti yang dilakukan termasuklah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan pusat jagaan, menemu bual, dan meluangkan masa bersenam ringan dan beriadah santai seperti permainan papan, congkak dan susun suai gambar bersama penghuni pusat jagaan. Menerusi program ini pelajar berpeluang untuk meningkatkan interpersonal skil seperti skil berkomunikasi, bersifat empati dan kerjasama berpasukan, serta meningkatkan visibility IPPT dalam kalangan masyarakat setempat. Pelbagai pengalaman baru yang ditimba semasa program dijalankan.
