Bahagian 2: Lebih Daripada Sekadar Luka Biasa: Otitis Eksterna, Malignant Otitis Eksterna (MOE) Dan Perikondritis.
Jul 08, 2026
AUDITORIUM, June 3 2026
BERTAM, 3 dan 4 JUN 2026 – Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB) telah mengadakan Program Suaikenal Sarjana Perubatan dalam Perubatan Transfusi dan Sarjana Perubatan dalam Perubatan Nuklear bagi Sidang Akademik 2026/2027 di Auditorium Sains@Bertam, Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB); serta di Pusat Penyelidikan Kanser dan Kompleks Pengajaran Kanser (CTC) Kepala Batas.
Program ini dimulakan dengan sesi pendaftaran dan diteruskan dengan taklimat mengenai Pengenalan kepada Bahagian Akademik & Antarabangsa disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Hazwani Ahmad Yusof@Hanafi, Timbalan Pengarah (Akademik & Antarabangsa). Pengenalan kepada Perkhidmatan Klinikal PKTAAB pula disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Noor Khairiah A.Karim, Timbalan Pengarah (Klinikal dan Kelestarian).
Taklimat mengenai Pengenalan PKTAAB Student Association dan Aktiviti Suaikenal bersama Persatuan disampaikan oleh Wakil Persatuan Pelajar PKTAAB. Encik Norhisham Puteh@Arif merupakan Penolong Pegawai Tadbir (Akademik & Antarabangsa) memberikan taklimat mengenai Hal Ehwal Akademik PKTAAB, turut serta dalam memberikan penerangan berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) iaitu Cik Nurislah Baharuddin.
Taklimat berkaitan bahagian Keselamatan pula disampaikan oleh Encik Muhammad Hambali Soid selaku Ketua Seksyen Keselamatan manakala Puan Lizawati Muhammadan, Ketua Bahagian Perpustakaan PKTAAB menyampaikan taklimat mengenai Pengenalan Perpustakaan PKTAAB.
Program diteruskan dengan sesi taklimat di sebelah petang yang dimulakan dengan taklimat Pengenalan berkaitan Pusat Transformasi Digital (PTD) oleh Encik Mohammad Fauzi Yahaya selaku Ketua Pegawai Teknologi Maklumat, PKTAAB.
Seterusnya, sesi Pengenalan kepada Program Sarjana Perubatan dalam Perubatan Transfusi dan Sesi bersama Alumni disampaikan oleh Dr. Siti Salmah Noordin selaku Ketua Program Sarjana Perubatan dalam Perubatan Transfusi merangkap Alumni Perubatan Transfusi. Turut serta pada sesi Pengenalan kepada Program Sarjana Perubatan dalam Perubatan Nuklear dan Sesi bersama Alumni iaitu Dr. Khadijah Abdul Hamid.
Program Suaikenal Sarjana Perubatan dalam Perubatan Transfusi dan Sarjana Perubatan dalam Perubatan Nuklear diteruskan lagi pada hari kedua yang dimulakan dengan sesi Lawatan ke Pusat Penyelidikan Kanser (CRC). Selepas itu, sesi taklimat berkaitan Bahagian Penyelidikan dan Jaringan disampaikan oleh Pn. Naziroh Shafii, Penolong Pendaftar Kanan manakala Pn. Rafedah Abas merupakan Pegawai Sains memberikan taklimat mengenai Seksyen Makmal Penyelidikan Berpusat. Bagi taklimat berkaitan Seksyen Penyelidikan Haiwan pula diterangkan oleh Dr. Nor Azlina Khalil, Pegawai Veterinar.
Dr. Hasfizani Haji Ariffin selaku Ketua Penolong Pendaftar, Seksyen Perubatan memberikan taklimat bahagian Kauter Pendaftaran dan Unit Rekod Perubatan. Bagi sesi taklimat berkaitan Rawatan Harian dan Makmal Diagnostik Klinikal dikendalikan oleh Puan Sharidah Shaari iaitu Ketua Perkhidmatan Kejururawatan. Lawatan ke Klinik Pakar Pergigian 2 dikendalikan oleh Profesor Dr. Norehan Mokhtar, Ketua Perkhidmatan Pergigian. Seterusnya lawatan ke Unit Farmasi dikendalikan oleh Puan Norazana Ramli selaku Ketua Unit Farmasi & Ketua Perkhidmatan Unit Farmasi Logistik.
Program suai kenal ini diadakan setiap kali pengambilan pelajar baharu bagi memberi peluang kepada mereka memahami dan menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran dan fasiliti yang terkini di PKTAAB dan melalui program orientasi ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan pelajar dan kakitangan Bahagian Akademik & Antarabangsa.
Teks disediakan oleh: Puan Nur Anis Syamimi Mohammad Azmi
Teks disunting oleh: Prof. Madya Dr. Hazwani Ahmad Yusof@Hanafi
Foto: Norizan Ishak
Pusat Media & Perhubungan Awam
Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi
Universiti Sains Malaysia
4 Jun 2026