PKTAAB Tingkat Keupayaan Murid PPKI
May 14, 2026
BILIK SEMINAR KOMPLEKS PENYELIDIKAN KANSER, PUSAT KANSER TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI, April 20 2026
KEPALA BATAS, 20 April 2026 – Pusat Inovasi dan Perundingan (CIC), Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi turun ke Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB) melalui program "Gear Up Your Innovation KPI" bagi memperkukuh pemahaman warga penyelidik USM mengenai kepentingan pengurusan harta intelek (IP) dan strategi pengkomersialan produk penyelidikan.
Program yang berlangsung di Bilik Seminar, Kompleks Penyelidikan Kanser PKTAAB ini disambut baik oleh Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Jaringan), Prof. Dr. Badrul Hisham Yahaya bersama barisan staf akademik dan pegawai penyelidik pusat berkenaan. Sesi perkongsian ini diterajui oleh pasukan pakar daripada Pusat Inovasi dan Perundingan (CIC) USM yang diketuai oleh Pengarahnya Prof. Dr. Mohd Hazwan Hussin.
Dalam ucapan aluannya, Prof. Dr. Badrul Hisham Yahaya menekankan bahawa peranan pensyarah kini tidak lagi terhad kepada penyelidikan asas, sebaliknya perlu menjangkau ke arah penyelidikan gunaan yang mampu menghasilkan impak nyata kepada industri dan masyarakat. Beliau turut menyeru penyelidik untuk mencabar diri keluar dari zon selesa.
Sementara itu, Pengarah CIC dalam taklimatnya memperkenalkan beberapa inisiatif dana baharu bagi menyokong aktiviti inovasi antaranya adalah Geran Lab to Market dengan peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Dana ini bertujuan membantu penyelidik melakukan validasi pasaran dan pensijilan produk supaya sedia untuk dikomersialkan dalam tempoh setahun. Selain itu, CIC turut menawarkan Geran Prime (geran padanan industri) dan Geran PID bagi pembangunan prototaip.
Program Jelajah Gear Up ini turut memfokuskan kepada pengurusan harta intelek yang disampaikan oleh Dr. Muaz Mohd Zaini Makhtar, Timbalan Pengarah (Penaksiran Teknologi, Promosi Inovasi & Harta Intelek) CIC di mana beliau menjelaskan perbezaan antara paten, hak cipta (copyright), dan reka bentuk industri. Beliau mengingatkan para penyelidik agar tidak hanya bergantung kepada hak cipta kerana nilai mata bagi paten adalah lebih tinggi dalam penilaian MyRA.
Manakala Prof. Ir Dr. Cheah Chee Ban, Timbalan Pengarah (Pemindahan Teknologi, Pengkomersilan & Pemantauan Syarikat) CIC pula berkongsi maklumat mengenai ekosistem syarikat terbitan universiti (SUSO/Spinoff). Menurut beliau, USM kini mempunyai 21 syarikat suso yang aktif dan menggalakkan lebih banyak pembentukan syarikat melalui program inkubator yang disediakan oleh CIC.
Sesi ini diakhiri dengan sesi soal jawab yang interaktif, di mana para penyelidik PKTAAB berpeluang mendapatkan khidmat nasihat terus mengenai pemfailan paten dan kerjasama industri bagi meningkatkan prestasi KPI universiti dalam Seksyen E dan F MyRA.
Program ini secara langsung menyokong beberapa matlamat SDG antaranya: