.jpg)
PROGRAM GEAR UP
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) menerima kunjungan Pengarah CIC (Pusat Inovasi dan Perundingan) dan pasukannya yang turun padang ke IPPT melalui siri jelajah Program Gear Up Your Innovation KPI yang bertujuan untuk memberi taklimat dan pendedahan khusus kepada seluruh warga CoE/HICoE untuk mempertingkatkan Seksyen E MyRA KPI.
Photo By BPIJ
PROGRAM GEAR UP
Melalui taklimat yang disampaikan, fokus utama program jelajah ini adalah untuk memberi pemahaman berkenaan:-
• Pemfailan IP (Patent, Industrial Design, and Trademark)
• Hakcipta dan Rahsia Perdagangan (Copyright and Trade Secret)
• Pra-Pengkomersilan (Pre-Commercialisation: Technology Licensing, Selling the Product, Outright Sale)
• Penubuhan Syarikat Pemula/Syarikat Terbitan (Start Up and Spin Off)
• Pemotongan Cukai Dua Kali dan Dana Pra-Pengkomersilan (Double Tax Incentive & Pre-Commercialisation Grant)
Photo By BPIJ
PROGRAM GEAR UP
Pengarah CIC USM, Prof. Ir. Dr. Srimala Sreekantan berkata melalui siri jelajah ini juga, IPPT turut disasarkan untuk mencalonkan lima (5) Pensyarah yang aktif dan berminat untuk dibimbing secara intensif ke arah mencapai matlamat ini.
Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Jaringan), Prof. Madya Dr. Badrul Hisham Yahaya bagi pihak Pengarah dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Pengarah CIC USM, Prof. Ir. Dr. Srimala Sreekantan, Timbalan Pengarah CIC USM, Prof. Madya Ir. Dr. Cheah Chee Ban dan Dr. Muaz Mohd Zaini Makhtar atas usaha cemerlang pihak CIC dalam menyampaikan maklumat yang bermanfaat serta berinteraksi secara efektif sepanjang program jelajah ini.Seramai 32 Pensyarah dan staf IPPT hadir ke taklimat ini.
Photo By BPIJ
PROGRAM
GEAR UP
Teks oleh: Naziroh Shafii
Bahagian Penyelidikan, Inovasi dan Jaringan
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
#ippt #ppusmb #usm #WeLead