
Para pemenang dan peserta bergambar bersama Timbalan Pengarah Penyelidikan dan Jaringan
KOMPLEKS PENYELIDIKAN HAIWAN (ARC), INSTITUT PERUBATAN DAN PERGIGIAN TERMAJU (IPPT), UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, 15-29 Mei 2025 -Jawatankuasa kelestarian ARC telah menganjurkan pertandingan “ARC Fit Me Challenge” iaitu pertandingan cabaran kecergasan berdasarkan pengumpulan jumlah langkah yang paling banyak setiap hari sepanjang tempoh program diadakan.
Progam ini telah berlangsung selama dua minggu bermula 15 sehingga 29 Mei 2025 dan terbuka kepada semua staf ARC dan juga pelajar IPPT. "ARC Fit Me Challenge” merupakan sebahagian usaha menyokong aktiviti kelestarian yang dijalankan sempena Minggu Kelestarian USM 2025. Program ini telah mendapat sokongan yang baik dari warga ARC dengan penglibatan peserta seramai 29 orang. Dua kategori yang dipertandingkan iaitu kategori staf dan juga pelajar.
Photo By Puan Athirah Raihanah Abdul Wahab
Poster "ARC Fit Me Challenge"
Bagi kategori pelajar, program ini telah berjaya dimenangi oleh Yu Jin jin dengan jumlah bilangan langkah sebanyak 256,615 diikuti Muhammad Ariffudidn Abd Hamid sebanyak 221,426 langkah. Manakala, kategori staf menjadi milik Encik Ahmad Farid Bin Asmail@Ismail dan juga Puan Azleen Binti Mat Sharif dengan jumlah bilangan langkah sebanyak 220,670 dan 197,134. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Profesor Dr. Badrul Hisham bin Yahaya, Timbalan Pengarah Penyelidikan dan Jaringan pada 30 Mei yang lalu. Menariknya, hadiah yang diberikan kepada pemenang adalah hasil sumbangan jualan barangan kitar semula yang dikumpulkan di ARC.
Melalui pertandingan ini diharap dapat menggalakkan warga ARC untuk sentiasa kekal aktif melakukan gaya hidup sihat dan bermanfaat . Berjalan kaki bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan jantung, mengawal gula dalam darah, meningkatkan kekuatan otot dan sendi, meningkatkan kesihatan mental, meningkatkan kualiti hidup, menurunkan risiko penyakit kronik , malah turut membantu dalam pengurusan berat badan. Ini adalah selaras dengan sasaran mempraktikkan amalan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG 3) untuk memastikan semua orang, di mana sahaja, menikmati kesihatan yang baik dan kesejahteraan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang dan peserta.
Halianis binti Yusof, 2025.