Penyertaan Staf PKTAAB Meriahkan Sambutan Hari Pekerja 2026 Bersama Kontinjen USM
May 01, 2026
RUMAH SAKIT UNIVERSITAS AIRLANGGA, SURABAYA, INDONESIA, October 9 2024
Program Libatsama Komuniti oleh penyelidik dari IPPT Breast Cancer Networks telah berjaya menganjurkan bengkel "Breast Prosthesis & Mastectomy Bra" pada 9hb Oktober 2024 di Rumah Sakit Universitas Airlangga , Surabaya , Indonesia.
Program ini adalah kesinambungan beberapa siri bengkel yang telah berjaya dianjurkan di wilayah utara, Malaysia.
Program ini diketuai oleh Prof Madya Dr Bakiah Shaharuddin, sementara fasilitator dan jurulatih bengkel adalah Prof Madya Dr Siti Noor Fazliah Mohd Noor.
Institut perubatan dan Pergigian Termaju telah menjalin kerjasama yang erat dalam bidang penyelidikan dan jaringan dengan Universitas Airlangga. Inisiatif yang terkini telah memperkukuhkan lagi kerjasama antara kedua pasukan penyelidik dalam bidang kanser dengan penglibatan komuniti kanser payudara di Surabaya, Indonesia.
40 peserta termasuk penjaga dan breast cancer survivors telah menyertai program ini yang telah berjaya menginspirasikan dan meningkatkan tahap emosi dan psikologi cancer survivors.