Penyertaan Staf PKTAAB Meriahkan Sambutan Hari Pekerja 2026 Bersama Kontinjen USM
May 01, 2026
BILIK MESYUARAT UTAMA,PPUSMB, September 13 2023
Unit Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) IPPT Pejabat Pengarah dengan kerjasama Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti (UKKPU) USM telah menganjurkan satu Ceramah Kesedaran Bekerja Tempat Tinggi di Bilik Mesyuarat Utama (BMU), PPUSMB. Penceramah jemputan adalah daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Pulau Pinang iaitu Encik Muhammad Hafiz Kamis.

Seramai 23 orang peserta yang hadir terdiri daripada penyelia projek dari Seksyen Kejuruteraan, Seksyen IT@AMDI, Seksyen Keselamatan dan USAINS HEALTHCARE Sdn.Bhd. Ceramah ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan hazad dan risiko bekerja di tempat tinggi termasuk kehendak perundangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) kepada semua penyelia projek. Kerja-kerja yang dilakukan di tempat tinggi adalah berisiko tinggi dan boleh mengakibatkan kecederaan kekal atau kematian.
