Bahagian 2: Lebih Daripada Sekadar Luka Biasa: Otitis Eksterna, Malignant Otitis Eksterna (MOE) Dan Perikondritis.
Jul 08, 2026
CAFETERIA SAINS@BERTAM, IPPT, March 27 2023
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Memperkenalkan BIQZA’S CAFE yang dikendalikan oleh Puan Bibi Yusniza Yahaya. Tentu ramai yang tercari-cari juadah berbuka puasa di bazar Ramadhan, yang ingin membuat tempahan Iftar Tiffin atau bagi yang ingin membuat tempahan kenduri moreh apakata boleh mencuba berkunjung ke BIQZA'S CAFE. Telah mula beroperasi pada 23 Mac 2023 di Sains@Bertam, di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM). Pelbagai menu juadah untuk berbuka dan pelbagai dessert yang enak disajikan dan pengunjung boleh menjamu mata dengan aneka hamper menarik barangan berjenama Tupperware dan juga cookies raya turut disediakan di BIQZA’S CAFE.
Bagi staf, pelajar dan penduduk di sekitar Kepala Batas boleh membawa famili atau kawan-kawan untuk mendapatkan juadah berbuka Mini Bazar di sini. Sempena pada bulan Ramadhan ini, jom kita tengok menu juadah berbuka puasa yang disediakan oleh BIQZA’s CAFE adalah seperti:
*BOTOK-BOTOK:
Antara menu istimewa iaitu ‘Botok-botok’ akan menjadi signature dish di BIQZA’S CAFE. Ini akan menjadi menu tetap untuk Iftar. ‘Botok-botok’ makanan tradisi orang Jawa, Johor. Jika di Utara lebih dikenali sebagai pais ikan. Bagi yang sedang berdiet atau mengamalkan pemakanan suku-suku separuh atau clean diet pasti akan suka masakan ini. Botok-botok menggunakan ikan fresh dan dibungkus bersama rempah serta ulaman segar seperti daun kunyit, bebuas, selom, cenohom, ulam raja, cekor, pucuk ubi dan lain-lain. Kemudian ia akan dibakar atau dikukus.
*SET TIFFIN/MANGKUK TINGKAT:
*MENU HARIAN MINI BAZAAR
(WALK IN DAN BOLEH PRE-ORDER)
Menu bergantung kepada stok semasa.
TAMBAHAN (Add on):
AIR:
Sebarang Pertanyaan atau Untuk Tempahan, Anda Boleh Terus Datang atau Menghubungi:
Mini Bazar Ramadhan akan bermula pada jam 3.00 petang setiap Isnin sehingga Jumaat. Tempahan Iftar Tiffin adalah dibuka setiap hari. BIQZA’S CAFE mengalu-alukan kedatangan para tetamu dan dapatkan tiket cabutan bertuah sepanjang Ramadhan ini dengan belian anda. Jemput berkunjung ke BIQZA’S CAFE dan Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa pada semua muslimin dan muslimat !