Bahagian 2: Lebih Daripada Sekadar Luka Biasa: Otitis Eksterna, Malignant Otitis Eksterna (MOE) Dan Perikondritis.
Jul 08, 2026
MANJUNG POINT, MANJUNG PERAK, September 7 2025
Bersempena dengan sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang disambut pada setiap tahun, Pusat Rukun Tetangga Manjung Point, Lumut, Perak telah menjemput Pasukan Perubatan Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) terdiri daripada Doktor Pakar, Pegawai Perubatan dan Jururawat untuk memeriahkan majlis dengan memberikan perkhidmatan pendidikan dan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk setempat.
Majlis bermula dengan ucapan perasmian dan perlepasan peserta Fun Run oleh YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, dengan kehadiran YBhg. Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman bin Mohamed, Naib Canselor USM.
Penduduk yang hadir memanfaatkan peluang untuk lebih cakna berkaitan dengan kesihatan sendiri. Lebih daripada 100 orang penduduk melakukan pemeriksaan saringan kesihatan merangkumi pemeriksaan tekanan darah, paras gula dalam darah dan pengiraan indeks jisim badan (body mass index, BMI). Aktiviti ini bertujuan mengesan awal penyakit tidak berjangkit serta memberi kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan.
Moga impak daripada penganjuran program seperti ini dapat meningkatkan keprihatinan penduduk terhadap status kesihatan mereka dan meningkatkan pengetahuan tentang pentingnya pengesanan awal penyakit.