HPUSM, March 27 2025
LAPORAN PENEMPATAN KLINIKAL DAN PENGURUSAN KEJURURAWATAN DI HOSPITAL PAKAR USM
1. Pengenalan
Program attachment ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada staf mengenai pengurusan dan amalan kejururawatan yang efektif serta memajukan kemahiran klinikal dalam persekitaran hospital yang lebih sebenar. Penempatan empat staf, terdiri daripada Penyelia Jururawa U7, Ketua Jururawat U6 dan Jururawat U5 di bawah penyeliaan Penyelia Jururawat U9, telah selesai selepas tempoh 11 hari di HPUSM. Penempatan dibuat mengikut keperluan klinikal dan pengurusan, disusun mengikut jadual serta input-input penting yang perlu didedahkan untuk meningkatkan pengetahuan serta pengalaman.
2. Objektif Program
- Peningkatan Kualiti Perkhidmatan: Meningkatkan kualiti peranan Penyelia dan Ketua Jururawat dalam pengurusan dan pentadbiran kejururawatan. Kompetensi pengembangan kemahiran dalam bidang pengurusan, membantu mereka menjadi pemimpin yang lebih baik di bidang kejururawatan.
- Pengurusan Sumber Manusia: Mempelajari pengurusan sumber manusia secara efektif serta mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan antara jururawat, doktor, dan pihak pengurusan lain untuk meningkatkan kerjasama dalam penjagaan pesakit
- Pengoptimuman Proses Kerja: Meningkatkan efisiensi dalam operasi harian unit kejururawatan dengan menggunakan data dan maklum balas untuk merancang peningkatan proses dan prosedur.
- Penetapan dan Pemantauan Dasar (Unit Kualiti): Memastikan bahawa dasar dan prosedur kejururawatan dipatuhi, serta membuat penanda aras (KPI) untuk menilai pencapaian dan keperluan peningkatan.
3. Metodologi
Program ini dijalankan melalui:
- Penglibatan dalam aktiviti klinikal harian di wad/klinik dan unit rawatan.
- Sesi pembelajaran secara bersemuka daripada Penyelia Jururawat/Ketua Jururawat dalam bidang kejururawatan.
- Pembelajaran berasaskan pengalaman melalui kerja berkumpulan (AJK Taskforce) dan penilaian kes-kes klinikal (kes insiden)
- Penggunaan IT dan media dalam pengurusan kejururawatan
- Taklimat dan lawatan
4. Laporan Aktiviti:
- Pengurusan Pesakit Dalam
- Pesakit Luar & Ambulatori
- Pengurusan Kualiti Kejururawatan
- Diabetic Educator
SDG 16 - Promote peaceful and inclusive societies for sustainable development, provide access to justice for all and build effective, accountable and inclusive institutions at all levels