Penyertaan Staf PKTAAB Meriahkan Sambutan Hari Pekerja 2026 Bersama Kontinjen USM
May 01, 2026
PUSAT PERUBATAN USM BERTAM, March 10 2025
Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia Bertam (PPUSMB) menerima lawatan Pengarah iaitu Tuan Harry Chai Heng Hua dan Ketua Unit Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) hari ini yang disertai oleh seramai 12 orang delegasi.
Kunjungan delegasi ini disambut baik oleh Profesor Madya Dr. Hazwani Ahmad Yusof@hanafi, Timbalan Pengarah Akademik & Antarabangsa merangkap Ketua Perkhidmatan Senaman Klinikal yang mewakili pihak Pengarah PPUSMB.
Antara tujuan lawatan kerja adalah untuk membincangkan kolaborasi perkhidmatan klinikal dan penyelidikan berkaitan sains sukan dan rehabilitasi yang terdapat di Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia dan Institut Perubatan & Pergigian Termaju.
Dalam sesi lawatan ini, tuan pengarah dan para delegasi dibawa melawat ke klinik integratif dan ke unit rehabilitasi. Seterusnya, sesi perbincangan antara MSNPP bersama-sama dengan ahli Jabatan Kesihatan Komuniti PPUSMB yang disempurnakan oleh Dr. Siti Mardhiana Mohamad selaku Ketua Jabatan Kesihatan Komuniti PPUSMB.
Hadir sama meraikan sesi lawatan adalah Profesor Madya Dr. Ahmad Munir Che Muhamed, Ketua Unit Senaman dan Rehabilitasi; Dr. Rohayu Hami, Pensyarah Perubatan Jabatan Kesihatan Komuniti; Profesor Madya Dr. Rabeta Mohd Salleh, Dr. Ooi Cheong Hwa, Dr. Nurdiana Zainol Abidin dan Dr. Shuhada Mansor selaku Pensyarah Universiti Jabatan Kesihatan Komuniti serta Puan Law Kim Sooi, Ketua Bahagian Perkhidmatan Kejururawatan.