Bahagian 2: Lebih Daripada Sekadar Luka Biasa: Otitis Eksterna, Malignant Otitis Eksterna (MOE) Dan Perikondritis.
Jul 08, 2026
DEWAN UTAMA, KAMPUS KEJURUTERAAN, August 29 2024
Seramai sembilan (9) orang staf Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) yang menerima Anugerah Sanjungan Budi (ASB) dirai dalam Majlis Penghargaan Universiti yang berlangsung di Dewan Utama, Kampus Kejuruteraan USM, hari ini.
ASB adalah acara khas untuk memberikan penghormatan dan penghargaan kepada warga staf yang telah berkhidmat selama 25 tahun pada tahun 2020 hingga 2023. Majlis ini menjadi acara penting Universiti sebagai tanda menghargai jasa dan komitmen warga staf USM yang telah menabur bakti dalam usaha meningkatkan kecemerlangan jabatan dan USM ke peringkat yang lebih cemerlang.
Kemuncak kepada majlis ini adalah semasa ucapan aluan oleh YBhg. Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, FASc. merupakan Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia yang seterusnya merasmikan Anugerah Sanjungan Budi tahun 2020 hingga 2023.
Abdul Rahman dalam ucapannya berkata, dari tenaga pengajarnya hingga ke staf sokongan di mana masing-masing memainkan peranan yang sama penting dengan memastikan kelancaran operasi Universiti untuk mencapai objektif yang telah ditentukan.
“Tanpa sokongan padu dan dedikasi kakitangan, misi dan visi kita, Universiti Sains Malaysia tidak akan dapat dicapai.
“Oleh itu, kita amat berbesar hati untuk mengiktiraf dan meraikan seramai 115 orang daripada 187 orang Penerima Anugerah Sanjungan Budi bagi tahun 2020 hingga tahun 2023,” katanya.
Penerima anugerah yang telah berkhidmat selama 25 tahun di IPPT, USM bagi anugerah pada tahun 2020 adalah seramai tiga (3) orang iaitu Encik Abdul Jalil Ishak, Puan Nazlina Mohamad Isa dan Puan Salmah Muhamad Ali. Manakala, seramai dua (2) orang penerima anugerah bagi tahun 2021 iaitu Encik Mohamad Zainudin Md Rashid dan Puan Norzainah Ahmad.
Terdapat tiga (3) orang penerima Anugerah Sanjungan Budi bagi tahun 2022 dan seorang (1) penerima anugerah bagi tahun 2023. Penerima Anugerah tahun 2022 adalah Puan Azizah Noor, Puan Norhayati Abdul Razak dan Puan Norliza Abu Seman. Puan Azizah Tahir pula sebagai Penerima Anugerah bagi tahun 2023.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan daripada Pengarah dan seluruh warga IPPT dan PPUSMB kepada semua penerima anugerah.
Hadir sama adalah Profesor Madya Dr. Bakiah Shaharuddin, menjalankan fungsi Pengarah IPPT/PPUSMB; Encik Yusmadi Norashid, Ketua Pentadbiran serta Puan Naziroh Shafii, Ketua Pejabat Pengarah dan Pusat Media & Perhubungan Awam.