Penyertaan Staf PKTAAB Meriahkan Sambutan Hari Pekerja 2026 Bersama Kontinjen USM
May 01, 2026
IPPT, BERTAM, September 19 2023
Assalamualaikum Wbt & Salam Sejahtera,
YBhg. Dato'/Datin/YBrs.Profesor/Profesor Madya/Dr./Tuan/ Puan,
PROMOSI ISTIMEWA UNTUK PENJAGA & PESAKIT KANSER DAN PELAJAR USM
JEMPUTAN KE MAJLIS MAKAN MALAM AMAL PINK OCTOBER 2023 DAN PELAWAAN SUMBANGAN
Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Perubatan dan Pergigian Termaju dan Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) akan menganjurkan Majlis Makan Malam Amal sempena sambutan bulan kesedaran kanser payudara (Pink October 2023). Program ini dianjurkan bagi mengumpul dana penubuhan Bangunan Paliatif Kepala Batas, Pulau Pinang, iaitu bersebelahan PPUSMB. Perkhidmatan paliatif memberikan rawatan komprehensif bagi meningkatkan kualiti hidup pesakit yang tiada harapan sembuh atau di hujung nyawa.
Pembinaan bangunan paliatif ini akan memberi manfaat kepada ramai pesakit dan ahli keluarga sekaligus dapat meningkatkan tahap kualiti hidup pesakit dan penjaga dan juga meringankan bebanan kehidupan mereka.
Majlis makan malam ini turut mempersembahkan penampilan istimewa artis jemputan Nizam Laksamana, Dr. Dean dan pasukan aerodance/salsation
Pameran dan jualan hasil seni lukisan, karya seni, arca, seramik, beg, hijab, dan lain-lain.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Harga Tiket :
Meja Platinum | RM6,000/meja | 10 pax
Meja Diamond | RM5,000/meja | 10 pax
Meja Gold | RM4,000/meja | 10 pax
Pakej Silver RM600 & tapak jualan/pameran 4' x 2' | Percuma dua tiket
Individu | RM250/pax
Tiket boleh dibeli melalui laman sesawang:
https://accessapps.amdi.usm.my/business/index.php
Atau deposit terus ke akaun:
98986101403567 (CIMB)
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Sila hantar bukti pembayaran kepada :
Dr Bakiah: https://wa.link/rz81m6 atau
Puan Intan https://wa.link/392n9r
Sumbangan layak mendapat pengecualian cukai di bawah Subseksyen 44(6) di bawah akta ACP1967, tertakluk terma & syarat. Sertakan bukti transaksi untuk tujuan pengesahan dan penegeluaran resit rasmi.
Ikuti perkembangan kami di platform :
Instagram : pinkoctober2023
Facebook : PINK October 2023
TikTok: pinkoctober2023