Penyertaan Staf PKTAAB Meriahkan Sambutan Hari Pekerja 2026 Bersama Kontinjen USM
May 01, 2026
IPPT, October 7 2022
SAMBUTAN BULAN KESEDARAN KANSER PAYUDARA
“PINK OCTOBER 2022”
Menurut statistiik dari National Cancer Registry, kanser yang paling biasa di Malaysia adalah kanser payudara, diikuti oleh kanser kolorektal, kanser paru-paru, kanser nasofaring dan kanser hati. Kedua-dua kanser payudara dan kanser serviks adalah antara punca utama kematian bagi wanita Malaysia yang menghidap kanser. Bilangan orang yang kerap menjalani pemeriksaan untuk pengesanan kanser adalah jauh dari memuaskan. Kekurangan pengetahuan, faktor sosial dan kewangan serta kekurangan galakan oleh ahli keluarga adalah antara sebab utama kanser payudara tidak dapat dikesaan di peringkat awal?
Justeru, pihak Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia, Bertam dan‘BreastCancerTranslationalResearchProgram’ dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) menganjurkan sambutan Pink October atau Bulan Kesedaran kanser Payudara. Program ini bertujuan untuk meningkatkankesedaran betapa pentingny pengesanan awalkanserpayudara dikalangankomuniti. Aktiviti seminar akan diadakan bagi menambahilmupengetahuan mengenai faktor risiko, bagaimana mengesan kanser payudara dan perawatanterkini.
Webinar Siri 1 telah disiarkan secara langsung di channel You Tube dan Facebook Insitut Perubatan dan Pergigian Termaju pada 7hb Oktober 2022 yang lalu. Dua penceramah yang telah terlibat dalam siri 1 terdiri daripada Dr Noor Khairiah A. Karim (Pakar Radilogi) dan Dr Fitreena Anis Amran (Pakar Bedah Payudara) dari Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) dan telah dipengerusikan oleh Dr Nor Shuhada Murad, Pensyarah IPPT.