Penyertaan Staf PKTAAB Meriahkan Sambutan Hari Pekerja 2026 Bersama Kontinjen USM
May 01, 2026
BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG, August 22 2023
Pihak Universiti Sains Malaysia dijemput untuk menjalankan aktiviti yang bertemakan sains/aplikasi ilmu pengetahuan sains bersama pelajar sekolah dalam Program Aktiviti Minggu Sains yang berlangsung pada 22 Ogos 2023 bertempat di SK Juara, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Minggu Sains merupakan inisiatif yang memberikan pendedahan kepada murid tentang sains, dengan tujuan untuk memupuk minat mereka dalam bidang sains. Program Minggu Sains ini juga menyokong pembelajaran sepanjang hayat yang dirancang oleh pihak sekolah dengan harapan ia akan menjadi satu pemangkin dalam membina pelajar yang berpotensi dan cemerlang dalam sains.
Sebanyak lapan PTJ yang terlibat, iaitu Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Pusat Pengajian (PP) Sains Kimia, PP Sains Fizik, PP Kejuruteraan Aeroangkasa, PP Kejuruteraan Kimia, Pusat Penyelidikan dan Perkhidmatan Haiwan (ARASC), Pusat Biologi Kimia, dan CEDEC/Makers@USM. Fasilitator dari IPPT diwakili oleh Profesor Madya Dr. Rafidah Zainon, Dr. Nurulisa Zulkifle, Dr. Nurdianah Harif Fadzilah dan Pn. Hasniza Amno.
Antara aktiviti yang dijalankan oleh pihak IPPT adalah: Anatomy Adventure, Mind and Body Quest, dan Circuit Canvas dalam bentuk aktiviti hands-on soalan kuiz dan jigsaw puzzle eksplorasi organ manusia, eksplorasi aplikasi AR, dan permainan litar papan kertas. PTJ lain turut menyediakan aktiviti hands-on dan pameran seperti Kimia Mikroskala (Microscale Chemistry), Paper Helicopter, Vet Junior@ARASC, Demonstrasi Asas Fizik, Makmal Alam (Nature Lab), What is Biology, dan Snap Circuit.
Jumlah pelajar yang terlibat adalah seramai 474 pelajar, iaitu 249 pelajar Tahap 1 dan 225 pelajar Tahap 2. Program yang berlangsung bermula dari jam 8 pagi sehingga 2 petang itu diakhiri dengan majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar yang berjaya.
Pihak USM yang diwakili oleh Dr. Ainul Mohsein Abdul Mohsin selaku Pengarah Jaringan Masyarakat, Bahagian Jaringan Industri, Masyarakat dan Kelestarian Institusi, USM, mengucapkan terima kasih atas jemputan daripada pihak SK Juara. Sebagai penutup, En. Baiyed Hj Rifaie selaku Guru Besar SK Juara menyampaikan sijil penghargaan kepada semua fasilitator USM yang terlibat dalam program ini.
Secara keseluruhan, program ini telah berjalan dengan baik dengan objektif tercapai. Pihak IPPT merakamkan ucapan penghargaan kepada pihak sekolah SK Juara di atas jemputan bagi menjayakan program ini.
Disediakan oleh: Nurdianah Harif Fadzilah, 2Hasniza Amno, 3Nurulisa Zulkifle, 4Rafidah Zainon