Bahagian 2: Lebih Daripada Sekadar Luka Biasa: Otitis Eksterna, Malignant Otitis Eksterna (MOE) Dan Perikondritis.
Jul 08, 2026
SEKOLAH KEBANGSAAN HASHIM AWANG (SKHA), October 3 2024
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Hashim Awang (SKHA) telah menganjurkan Program Amalan Baik PPKI SKHA: Upcycle Minyak Terpakai untuk pelajar tahap 2 yang berusia dalam lingkungan 10 hingga 12 tahun.
Bersempena dengan Program Amalan Baik PPKI SKHA, program yang berlangsung di Dewan Harmoni, SK Hashim Awang ini diadakan selama 2 jam iaitu bermula jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Minyak masak terpakai dari kantin sekolah diolah menjadi sabun lantai dan dijual semula kepada kantin pada harga jimat dan juga pada pasaran luar dengan harga pasaran atau lebih murah.
Matlamat utama program ini adalah bertujuan untuk memberi galakkan penglibatan kanak-kanak istimewa daripada PPKI Daerah Seberang Prai Utara dengan amalan kitar semula di samping meningkatkan kesedaran kanak-kanak istimewa akan kepentingan amalan kitar semula minyak masak terpakai serta memberi pendedahan aktiviti inovasi kepada mereka.
Program 2 jam ini dimulakan dengan sesi demo dan praktikal membuat sabun yang diketuai oleh Dr. Rabeta Mohd Salleh selaku Pakar dan Pensyarah jemputan dari Jabatan Kesihatan Komuniti, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) serta turut dibantu oleh Encik Norhiman Ahmad sebagai Penolong Pegawai Sains, IPPT. Acara diteruskan lagi dengan sesi demo dan praktikal membuat lilin aromaterapi yang turut dikendalikan oleh Pengerusi Program serta dibantu oleh Pegawai Sains dan Penolong Pegawai Sains iaitu Puan Syazwani Ismail dan Puan Halianis Yusoff.
Melalui Program Amalan Baik PPKI SKHA: Upcycle Minyak Terpakai ini secara tidak langsung berjaya meraih minat kanak-kanak istimewa di samping mengasah bakat dan potensi mereka terutamanya dalam bidang STEM.