Seminar Pemantapan Kemahiran Dan Kompetensi Kejururawatan 2026 Perkukuh Amalan Penjagaan Pesakit
Oct 07, 2026
BILIK SEMINAR, BANGUNAN ARC, September 19 2024
Pada 19 September 2024 Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) telah menganjurkan Program Cuti Sekolah: Saintis Cilik Istimewa Madani bersama 15 orang kanak-kanak istimewa daripada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Daerah Seberang Prai Utara yang berusia 9 hingga 12 tahun. PPKI yang terlibat ialah daripada PPKI S.K Hashim Awang, Kepala Batas, PPKI S.K Pokok Sena, Kepala Batas dan PPKI S.K Pasir Gebu, Penaga, Pulau Pinang. Tema program adalah Kitar Semula Amalan Mulia.
Dr. Rabeta Mohd Salleh, Pensyarah daripada Jabatan kesihatan Komuniti yang merupakan Pengerusi Program dan juga penceramah telah dibantu oleh Pegawai Sains Pn. Syazwani Ismail, dan Penolong Pegawai Sains En. Norhiman Ahmad dan Pn. Halianis Yusoff sebagai fasilitator.
Objektif program adalah:
- Menggalakkan penglibatan kanak-kanak istimewa daripada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Daerah Seberang Prai Utara dengan amalan kitar semula.
- Meningkatkan kesedaran kanak-kanak istimewa dengan kepentingan amalan kitar semula minyak masak terpakai.
- Mendedahkan aktiviti inovasi kepada kanak-kanak istimewa.
Program kitar semula selama 3 jam ini telah diadakan di Bilik Seminar, Bangunan ARC, IPPT, selaras dengan salah satu dimensi Rancangan Malaysia ke 12 iaitu kemampanan alam sekitar serta objektif Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 11 - Bandar Dan Masyarakat Yang Mampan dan SDG 12 - Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab. Kanak-kanak istimewa ini juga diberi peluang melawat makmal CRL1.
Minyak masak merupakan bahan asas dalam setiap isi rumah di dunia. Salah satu cara terbaik menguruskan minyak masak terpakai adalah kitar semula. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan sabun cuci ialah minyak masak terpakai, natrium hidroksida dan sodium lauril sulfat manakala bahan membuat lilin aromaterapi pula ialah minyak masak terpakai dan asid stearik. Selain itu pewarna makanan dan pewangi juga digunakan untuk mewangikan lagi kedua-dua produk inovasi ini.
Kanak-kanak istimewa adalah sebahagian daripada mereka yang tergolong dalam kumpulan Orang Kurang Upaya (OKU), namun sebahagian daripada mereka dapat berdikari seperti kanak-kanak normal yang lain. Mereka juga mempunyai minat dan kemahiran terutama dalam bidang sains. Adalah penting kita membantu mereka mengembangkan minat dan kemahiran mereka terutamanya dalam bidang STEM. Bukan sahaja ibubapa dan guru, malah komuniti setempat seperti para saintis juga perlu membantu memberi sokongan moral dan fizikal kepada kanak-kanak istimewa agar mereka lebih berasa yakin untuk hidup berdikari di masa akan datang.
Pada 3 Septermber 2024 kumpulan kami telah memohon pendaftaran copyright daripada MyIPO bagi 2 poster iaitu Cara Membuat Sabun Basuh Daripada Minyak Masak Terpakai (LY2024P05970) dan Cara Membuat Lilin Aromaterapi Daripada Minyak Masak Terpakai (LY2024P05971). Diharap poster ini dapat menjadi rujukan bagi semua komuniti yang ingin menjana pendapatan daripada bahan buangan terutamanya minyak masak terpakai dan botol air mineral yang kosong.
Kumpulan kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada beberapa staf daripada Pusat Media dan Perhubungan Awam IPPT yang sudi membantu menjayakan program dan juga ucapan terima kasih kepada ibubapa yang sudi memberi kerjasama dan keizinan membenarkan kanak-kanak istimewa mereka menyertai program ini.