PKTAAB Newsletter Kini Tampil Berwajah Baru
Apr 30, 2026
SEKOLAH MENENGAH KEPALA BATAS, PULAU PINANG ,SEKOLAH MENENGAH PONDOK UPEH, BALIK PULAU, PULAU PINANG, SEKOLAH KEBANGSAAN KG SERA, BALING KEDAH , SEKOL, September 4 2025
Aktiviti di bawah Program KPT Prihatin Madani Community Program for Sustainable Impact Mission (COMPASSION) : Program Remaja Cerdas untuk Kelestarian Hari Esok telah dijalankan di tiga buah negeri bermula pada 11 Jun 2025 hingga 8 Julai 2025. Program yang merupakan satu inisiatif yang bertujuan untuk membentuk pelajar sekolah menjadi individu yang sihat, berilmu dan bertanggungjawab. Program ini dirangka untuk menyokong aspirasi negara dalam membangunkan modal insan berkualiti tinggi sejajar dengan arus pembangunan negara.
Melalui pendekatan pendidikan kesihatan dan pembinaan jati diri, pelajar didedahkan kepada pelbagai isu semasa yang mempengaruhi kesejahteraan remaja. Program ini juga memberi penekanan terhadap kepentingan kesihatan fizikal dan mental, serta membimbing pelajar agar menjauhi amalan berisiko seperti merokok dan penggunaan vape.
Pengisian program adalah sesi ceramah Remaja Bijak Jauhi Vape dan Rokok berserta dengan ekperimen simulasi kesan asap rokok dan vape kepada paru-paru juga ditunjukkan kepada pelajar. Sesi kedua ceramah diteruskan dengan tajuk ceramah Kesihatan Remaja memfokuskan kepada kepentingan jagaan kesihatan fizikal dan mental remaja. Pelajar didedahkan kepada isu-isu seperti tekanan akademik, pemakanan tidak seimbang, dan kesihatan mental.
Pengisian separuh hari bersama pelajar ini diteruskan dengan pembahagian kumpulan dan permainan interaktif dalam kumpulan. Aktiviti santai tetapi masih menarik minat pelajar untuk bersaing menguji ketajaman fikiran dan kefahaman pelajar memahami soalan dan mencari jawapan berkisar dengan gejala rokok dan vape.
Program berjaya dilaksanakan di sekolah di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan utara Perak mendapat kerjasama daripada pengurusan sekolah, Kementerian Pendidikan Tinggi dan PPUSMB berjaya memberi impak kepada pelajar dengan peningkatan kesedaran tentang kesihatan remaja dan bahaya gejala rokok dan vape. Program positif ini dapat diteruskan agar dapat melahirkan generasi remaja yang sihat, berdaya tahan dan bertanggungjawab terhadap diri dan masyarakat.
Klik untuk video Program Program remaja cerdas untuk kelestarian hari esok.mp