Bahagian 2: Lebih Daripada Sekadar Luka Biasa: Otitis Eksterna, Malignant Otitis Eksterna (MOE) Dan Perikondritis.
Jul 08, 2026
April 15 2025
Demensia atau nyanyuk merupakan penyakit yang semakin meningkat di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Ia bukan sekadar masalah ingatan tetapi melibatkan perubahan tingkah laku, kehilangan fungsi kognitif dan akhirnya memberi kesan besar kepada kualiti hidup pesakit serta penjaga mereka.
Selama ini, pendekatan rawatan lebih banyak bergantung kepada ubat-ubatan dan penjagaan asas. Namun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pendekatan terapi bukan farmakologi seperti terapi haiwan sebenar dan haiwan robotik telah mula diteroka sebagai kaedah untuk meningkatkan kesejahteraan emosi pesakit demensia.
Terapi Haiwan Sebenar: Sentuhan yang Mengubat Emosi
Terapi haiwan melibatkan interaksi antara pesakit dengan haiwan seperti kucing, arnab atau burung dalam suasana terkawal. Kajian menunjukkan terapi ini boleh:
Pesakit demensia yang terlibat dalam aktiviti bersama haiwan cenderung menunjukkan lebih banyak reaksi, senyuman, dan kadangkala mula bercakap semula selepas lama mendiamkan diri. Hal ini kerana sentuhan fizikal dan kehadiran haiwan dapat merangsang hormon seperti serotonin dan dopamine, dua hormon yang penting dalam pengurusan emosi manusia.
Haiwan Robotik: Alternatif Teknologi yang Comel dan Mesra Pengguna
Namun, terapi haiwan sebenar bukanlah pilihan yang sesuai dan boleh diaplikasikan untuk semua. Sesetengah pesakit mungkin mengalami alahan, manakala pusat jagaan pula menghadapi kekangan untuk menjaga kebersihan dan faktor logistik haiwan tersebut.
Sebagai alternatif,robot berbentuk haiwan peliharaansepertiPARO(robot anak anjing laut dari Jepun) danJoy For All Cattelah diperkenalkan. Robot-robot ini direka dengan kebolehan untuk bertindak balas kepada suara, sentuhan dan gerakan. Hal ini membolehkan pesakit merasa seolah-olah mereka berinteraksi dengan haiwan sebenar.
Kajian oleh Koh et al. (2021) menunjukkan bahawa robot ini bukan sahaja mampu mengurangkan simptom kemurungan, malah membantu merangsang komunikasi dalam kalangan pesakit warga emas [1].
Cabaran dalam Konteks Malaysia: Sensitiviti Budaya dan Akses
Di Malaysia, pendekatan terapi berasaskan robot berbentuk haiwan masih belum diguna pakai secara meluas. Walaupun beberapa kajian tempatan menunjukkan potensi besar dalam penggunaan robot haiwan untuk pesakit demensia [2][3], ia masih belum dilaksanakan dalam kebanyakan institusi kesihatan atau rumah jagaan.
Tambahan pula,majoriti penduduk Malaysia adalah beragama Islam, maka penggunaan robot berbentukanjing, seperti yang biasa digunakan di negara Barat, kurang sesuai dari sudut budaya dan syariah. Oleh itu, rekaan robot yang lebihsensitif terhadap nilai tempatan, seperti berbentuk kucing atau arnab, adalah lebih sesuai untuk diperkenalkan dalam sistem kesihatan kita.
Kesimpulan
Walaupun di Malaysia pendekatan terapi haiwan dan robotik masih di peringkat awal, terdapat potensi besar untuk kaedah ini diteroka sepenuhnya. Ia boleh memainkan peranan penting dalam pengurusan demensia, khususnya jika disokong oleh reka bentuk yang mengambil kira konteks budaya, sensitiviti agama, dan kebolehcapaian teknologi kepada kumpulan sasar.
Salah satu cabaran utama ialah kos. Robot haiwan berkualiti tinggi seperti PARO masih berada dalam lingkungan harga yang tinggi dan tidak mudah diakses oleh kebanyakan institusi penjagaan atau individu. Justeru, pembangunan robot terapi yang lebih mesra pengguna, mesra budaya dan berpatutan dari segi kos perlu diberi perhatian oleh penyelidik dan jurutera robotik.
Masa depan pengurusan demensia tidak lagi boleh bergantung sepenuhnya kepada rawatan ubat-ubatan semata-mata. Pendekatan yang merangkumi kesejahteraan emosi dan interaksi sosial harus dijadikan sebahagian daripada ekosistem penjagaan warga emas. Dalam landskap penjagaan kesihatan yang semakin dipacu teknologi, terapi berbantukan haiwan, sama ada sebenar atau robotik, boleh menjadi pendekatan yang berteraskan kasih sayang dan diharapkan boleh membantu melambatkan kemerosotan fungsi otak dalam kalangan pesakit demensia.
Rujukan