Bahagian 2: Lebih Daripada Sekadar Luka Biasa: Otitis Eksterna, Malignant Otitis Eksterna (MOE) Dan Perikondritis.
Jul 08, 2026
BILIK SEMINAR ARC, January 15 2024
Satu taklimat dan demostrasi Laboratory Equipment & Services Information System (LESIS@USM) telah dijalankan. Taklimat ini telah disampaikan oleh Pn. Rafedah Abas selaku pengurus makmal sistem LESIS di peringkat IPPT. Seramai 21 orang telah mendapat penerangan mengenai sistem ini yang merangkumi staf daripada Makmal Diagnostik Berpusat (CDL), Seksyen Penyelidikan Haiwan (SPH) dan Makmal Penyelidikan Berpusat (CRL).
Sejajar dengan agenda kelestarian, taklimat dan demostrasi ini adalah untuk menyampaikan maklumat serta informasi berkaitan sistem ini yang diterajui oleh Pejabat Pengurusan Makmal Berpusat (PPMB), Universiti Sains Malaysia, Kampus Induk. Secara tuntas, diharap dengan ada nya sistem LESIS ini, dapat memberi impak secara holistik dari segi pengurusan tempahan, bayaran, data penggunaan alatan, serta data penjanaan kewangan agar lebih mampan.