PKTAAB Newsletter Kini Tampil Berwajah Baru
Apr 30, 2026
SECARA ATAS TALIAN (WEBEX), April 23 2026
Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAB) dalam perancangan untuk memeterai kolaborasi strategik bersama Asosiasi Dana Pensiun Indonesia (ADPI) dari Indonesia bagi memperkasakan bidang akademik dan khidmat komuniti antara kedua-dua negara.
Dalam satu mesyuarat penyelarasan yang diadakan secara dalam talian hari ini, kedua-dua pihak telah membincangkan rangka kerja Memorandum Persefahaman (MoU) serta perincian lawatan tapak yang dijadualkan berlangsung pada 13 hingga 15 Mei 2026.
Wakil ADPI, Dr. Yulya Srinivuta membentangkan tujuh sasaran utama cadangan kerjasama yang akan dimuatkan dalam dokumen rasmi kelak. Antara fokus utama termasuklah:
Menyambut baik akan cadangan kerjasama antarabangsa yang diusulkan oleh pihak ADPI, Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Jaringan) Profesor Dr. Badrul Hisham Yahaya yang mempengerusikan perbincangan ini menyatakan bahawa PKTAAB USM sentiasa terbuka kepada inisiatif ini memandangkan hubungan akrab yang sedia terjalin melalui program internship pelajar-pelajar dari Indonesia.
Sebagai pengisian lawatan tapak nanti, PKTAAB mencadangkan lawatan ke Pusat Kajian Samudera dan Pantai (CEMACS) untuk meninjau projek ternakan tiram sebagai model potensi projek komuniti. Selain USM, delegasi ADPI juga dijadualkan melawat UiTM Shah Alam bagi memantapkan lagi jaringan kerjasama rentas universiti.
Walau bagaimanapun, pihak PKTAAB menekankan kepentingan pematuhan tempoh masa bagi semakan dokumen oleh Pejabat Perundangan Universiti sebelum majlis menandatangani dokumen rasmi dapat dilaksanakan bersama Naib Canselor.
"Kita akan cuba usahakan penyediaan deraf MoU secepat mungkin supaya proses semakan dapat berjalan lancar sebelum tarikh lawatan tersebut," jelas Profesor Dr. Badrul sebagai maklum balas kepada permohonan pihak ADPI yang mahukan impak kerjasama yang lebih formal dan kukuh.
Mesyuarat berakhir dengan persetujuan untuk penyelarasan logistik dan penginapan delegasi di Pulau Pinang bagi memastikan keselesaan dan keselamatan sepanjang program berlangsung.
Cadangan kolaborasi antarabangsa ini secara tidak langsung bakal menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) seperti:
Secara keseluruhannya, program kolaborasi ini direka untuk memberi impak nyata kepada komuniti melalui pendekatan akademik yang multidisiplin.
Pengarang Berita: Azlina Abd Rahim, Naziroh Shafii, Prof. Dr. Badrul Hisham Yahaya
Jurufoto: Prof. Dr. Badrul Hisham Yahaya
Bahagian Penyelidikan, Inovasi dan Jaringan
23 April 2026