PKTAAB Newsletter Kini Tampil Berwajah Baru
Apr 30, 2026
BILIK MESYUARAT BPIJ, March 16 2026
Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB), Universiti Sains Malaysia (USM) bakal menerajui revolusi pengesanan kanser di Malaysia melalui pengenalan teknologi Flow ICM atau FlowISiAM. Teknologi ini mampu mengesan sel tumor melalui sampel darah seawal lima (5) tahun sebelum simptom fizikal muncul.
Pakar bioteknologi dari Jerman merangkap pengasas syarikat ImmunoTools, Dr. Stefan Warner menjelaskan bahawa kaedah ini menggunakan flowcytometry untuk mengesan penanda biologi khusus seperti TKL1 dan Apo 10 di dalam makrofaj tisu yang beredar dalam darah.
Menurut beliau, teknologi ini bukan sahaja tertumpu kepada pengesanan awal malah sangat kritikal bagi pemantauan pesakit selepas rawatan (pasca-terapi) untuk mengesan risiko sel kanser berulang atau metastasis dengan lebih pantas berbanding kaedah imbasan konvensional.
“Kita boleh mengesan cebisan protein tumor melalui sampel darah yang kecil kerana makrofaj bertindak 'memakan' sisa sel kanser tersebut. Jika dikesan lebih awal, pesakit mempunyai lebih banyak pilihan rawatan dan peluang sembuh yang lebih tinggi,” katanya lagi.
Dari sudut peluang Penyelidikan dan Kerjasama Antarabangsa, Dr. Warner turut menawarkan ‘FlowISiAM Award’ iaitu inisiatif pembekalan antibodi dan reagen secara percuma kepada PKTAAB untuk tujuan penyelidikan klinikal. Beliau memilih PKTAAB kerana pusat ini sudah mempunyai infrastruktur lengkap dengan tiga mesin flowcytometry.
Program ini dihadiri oleh penyelidik dan doktor pakar PKTAAB antaranya Prof. Dr. Badrul Hisham Yahaya (Timbalan Pengarah Penyelidikan dan Jaringan), Prof. Madya Dr. Rafeezul Mohamed (Ketua Jabatan Sains Bioperubatan), Prof. Madya Dr. Muhamad Yusri Musa (Pakar ENT dan Brakiterapi), serta Prof. Madya Dr. Intan Juliana Abdul Hamid (Ketua Jabatan Perubatan Klinikal), Profesor Madya Dr. Citartan A/l Marimuthu, Prof. Madya Ts. Dr. Rabiatul Bastia SMN Mydin, Dr. Nawal Radhiah Abdul Rahman, Kumaradeval a/l Saminathan, Dr. Nurdianah Harif fadzillah, Dr. Nurul Shahfiza, Dr. Norfarazieda Hassan, dan Puan Nur Fadilah Safar.
Kerjasama ini dijangka akan diperkukuhkan dalam masa terdekat. Kerjasama program ini secara langsung menyokong beberapa matlamat SDG antaranya: