Penyertaan Staf PKTAAB Meriahkan Sambutan Hari Pekerja 2026 Bersama Kontinjen USM
May 01, 2026
August 7 2025
Pengenalan
Pernahkah anda terfikir mengapa seseorang dewasa tiba-tiba kelihatan seperti "membesar" semula — kasut bertukar saiz, cincin tidak lagi muat, wajah berubah secara perlahan-lahan, dan tangannya kelihatan luar biasa besar? Ramai menganggap ini hanya perubahan biasa akibat usia atau faktor keturunan. Namun, dalam sesetengah kes, tangan besar bukan sekadar ciri fizikal — ia mungkin petanda awal kepada penyakit hormon yang jarang tetapi serius, iaitu akromegali.
Apa Itu Akromegali?
Akromegali ialah penyakit disebabkan oleh penghasilan hormon pertumbuhan (growth hormone, GH) secara berlebihan. Lazimnya ia berpunca daripada ketumbuhan bukan kanser (adenoma) di kelenjar pituitari yang terletak di bahagian bawah otak manusia. Hormon pertumbuhan yang berlebihan merangsang pengeluaran sejenis hormon iaitu insulin-like growth factor 1 (IGF-1), yang membawa kepada pertumbuhan tisu dan organ secara tidak normal.
Risiko
Akromegali boleh terjadi dalam pelbagai umur setelah mencapai akil baligh, namun kebanyakan kes terjadi dalam kalangan individu yang berumur 40 – 50 an, tanpa mengira jantina tertentu.
Tanda dan Gejala
Walaupun pembesaran tangan dan kaki sering dianggap gejala utama, perubahan lain juga berlaku seperti:
Gejala dalaman pula termasuk:
Komplikasi
Akromegali meningkatkan risiko kepada:
Jika tidak dirawat, pesakit boleh mengalami komplikasi serius dan penurunan jangka hayat.
Cabaran Diagnosis
Perubahan dalam badan disebabkan akromegali berlaku perlahan-lahan, lazimnya dalam tempoh 7 hingga 10 tahun. Ini menyebabkan kelewatan dalam pengesanan awal dan diagnosis. Kesedaran yang rendah berkaitan penyakit ini dalam kalangan masyarakat dan petugas kesihatan menyumbang kepada kelewatan ini. Oleh itu, pemeriksaan fizikal dan penilaian sejarah perubatan terperinci sangat penting dalam mengesan penyakit ini.
Pengesahan Diagnosis
Diagnosis akromegali melibatkan:
Pilihan Rawatan
Rawatan bergantung pada saiz tumor dan keadaan pesakit:
Pentingnya Kesedaran Awal
Petugas kesihatan perlu peka terhadap perubahan wajah dan gejala sistemik pesakit. Pemeriksaan fizikal yang teliti boleh mencetuskan kecurigaan awal dan mempercepatkan rujukan kepada pakar.
Kesimpulan
Akromegali bukan sekadar tentang tangan besar. Ia adalah penyakit sistemik yang memberi kesan besar kepada kesihatan keseluruhan. Diagnosis awal dan rawatan yang sesuai mampu meningkatkan kualiti hidup pesakit serta mencegah komplikasi jangka panjang.