Penyertaan Staf PKTAAB Meriahkan Sambutan Hari Pekerja 2026 Bersama Kontinjen USM
May 01, 2026
PADANG, SUMATERA BARAT, INDONESIA, June 23 2025
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia, terus mengorak langkah memperkukuh visibiliti antarabangsa apabila lima wakil pensyarah dari Jabatan Toksikologi dijemput sebagai pensyarah jemputan oleh Universitas Andalas (UNAND), Universitas Putra Indonesia YPTK (UPI YPTK) dan Sekolah Tinggi Ilmu Tarbiyah (STIT) Syekh Burhanuddin Pariaman dengan Kerjasama Asosiasi Dosen Pengabdian kepada Masyarakat Indonesia (ADPI) sempena Program International Multidisciplinary Service Community (IMSC) 2025. Program yang julung kali melibatkan penyertaan dari IPPT ini merupakan inisiatif strategik antara IPPT dan ADPI dalam memperkasa kolaborasi serantau melalui pengajaran, penyelidikan dan khidmat komuniti. Program ini berlangsung dari 22-26 Jun 2025.
Program International Multidisciplinary Service Community (IMSC) 2025 membuka tirainya dengan penuh semangat kolaboratif antara IPPT-UNAND pada hari pertama pelaksanaan bahagian pertamanya. Bertempat di Fakultas Kedokteran Universitas Andalas, ucapan alu-aluan disampaikan oleh Presiden ADPI, Prof. Dr. M. Zaim dari Universitas Negeri Padang dan dirasmikan oleh Dekan Fakultas Kedokteran, Dr. dr. Sukri Rahman dari UNAND.
Bertemakan Integrative Approaches in Nutrition and Biomedical Sciences: from Natural Compounds to Nanomedicine for Cancer, Bone Health and Metabolic Syndrome para pensyarah IPPT yang terlibat sebagai pensyarah jemputan berkongsi pendekatan toksikologi perubatan dan teknologi nano dalam rawatan kanser, seiring dengan misi program IMSC dalam memupuk pemindahan ilmu dan pembangunan kapasiti akademik. Para pensyarah IPPT yang terlibat termasuklah Dr. Sharlina Mohamad, Dr. Nor Adlin Md Yusoff, Dr. Nurul Shahfiza Noor, Dr. Nik Nur Syazni Nik Mohamed Kamal dan Dr. Nurhuda Mohamad Ansor. Sesi ini turut disertai oleh Prof. dr. Ilmiawati, selaku pensyarah jemputan dan dr. Ulya Uti Fasrini serta Dr. Dessy Arisany sebagai moderator dari UNAND. Sesi seterusnya dilanjutkan dengan pertandingan dan presentasi poster yang disertai oleh para pelajar dari Fakultas Kedokteran, UNAND, di mana pensyarah IPPT terlibat sebagai juri.
Program hari pertama ini mendapat sambutan hangat daripada warga UNAND yang menunjukkan minat mendalam terhadap perspektif dan amalan akademik dari Malaysia. Beberapa sesi soal jawab dan diskusi interaktif turut diadakan bagi merangsang pemikiran kritis dan kolaborasi penyelidikan masa hadapan. Program ini menyaksikan penglibatan aktif pensyarah dari IPPT sebagai pensyarah jemputan di Universitas Andalas, sekaligus memperkukuhkan jaringan akademik dan perkongsian ilmu rentas sempadan.
Bahagian pertama IMSC 2025 akan berlangsung selama beberapa hari, merangkumi pelbagai aktiviti kolaborasi akademik dan khidmat komuniti yang menekankan kepada knowledge diplomacy, inovasi sosial dan pembangunan mampan sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).