PKTAAB Newsletter Kini Tampil Berwajah Baru
Apr 30, 2026
November 4 2025
Pengenalan
Bayangkan anda berada di bilik doktor pada suatu pagi yang tenang. Anda datang untuk mengambil keputusan pemeriksaan. Doktor menarik nafas, memandang tepat ke mata anda dan berkata dengan nada perlahan,
“Puan, keputusan biopsi menunjukkan puan menghidap kanser payudara.”
Dunia terasa terhenti seketika. Fikiran bercelaru. Wajah keluarga, kerja, masa depan semuanya bermain dalam kepala. Bagi ramai wanita di Malaysia, inilah permulaan kepada satu perjalanan hidup yang mencabar, bukan hanya secara fizikal, tetapi juga mental dan emosi.
Kanser payudara ialah kanser paling utama menyerang wanita Malaysia. Menurut data kebangsaan, lebih daripada satu pertiga kes kanser dalam kalangan wanita di Malaysia adalah kanser payudara. Lebih membimbangkan, hampir 50% kes dikesan pada peringkat lewat (Tahap III dan IV), ketika rawatan menjadi lebih rumit dan kesan terhadap tubuh serta emosi semakin berat.
Apabila seseorang disahkan menghidap kanser, ramai berfikir bahawa “rawatan” hanya bermaksud pembedahan, kemoterapi atau radioterapi. Namun, perjalanan sebenar seorang pesakit jauh lebih luas. Ia melibatkan perasaan takut, kekeliruan, perubahan dalam hubungan keluarga, beban kewangan dan cabaran emosi yang mendalam.
Selain ubat dan rawatan perubatan, pesakit kanser turut memerlukan sokongan menyeluruh yang sama penting.
Sokongan ini merangkumi lima aspek utama:
Namun dalam banyak kes, keperluan ini tidak dipenuhi sepenuhnya. Pesakit sering berkata, “Saya tahu saya sakit, tapi saya lebih takut sebab saya tak tahu apa nak buat selepas ini.” Inilah yang disebut sebagai “unmet supportive care needs” atau dikenali sebagai keperluan sokongan yang belum dipenuhi.
Menyedari hakikat ini, sekumpulan penyelidik dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) menjalankan kajian unik dinamakan PenBCNeeds Study. Kajian ini memberi tumpuan kepada pesakit kanser payudara di Pulau Pinang, yang bertujuan untuk memahami keperluan sokongan mereka sepanjang enam bulan pertama rawatan.
Fasa Kajian
Berbeza dengan kajian biasa yang hanya mengambil data sekali, PenBCNeeds Study mengikuti pesakit dalam tiga peringkat masa iaitu:
Pendekatan ini membolehkan penyelidik melihat bagaimana keperluan pesakit berubah dari masa ke masa. Contohnya, di peringkat awal, pesakit mungkin sangat perlukan maklumat dan sokongan emosi. Selepas beberapa bulan, keperluan mereka mungkin beralih kepada sokongan fizikal atau sosial, seperti pengurusan kesan sampingan dan kewangan.
Fasa pertama selepas diagnosis biasanya paling mencabar secara emosi. Ramai pesakit mengalami kejutan, tidak percaya, dan ketakutan terhadap masa depan. Mereka perlu membuat keputusan penting tentang rawatan dalam masa singkat, kadang-kadang tanpa maklumat mencukupi.
Untuk Fasa kedua (tiga bulan kemudian), apabila rawatan seperti pembedahan atau kemoterapi bermula, keperluan mereka berubah. Ramai mula berhadapan dengan kesan fizikal iaitu rambut gugur, keletihan, perubahan bentuk badan dan ini memberi kesan kepada keyakinan diri serta hubungan sosial. Pada masa inilah sokongan emosi dan sosial sangat penting, tetapi sering kali kurang diberikan.
Fasa ketiga iaitu enam bulan selepas diagnosis, sebahagian pesakit mungkin mula menyesuaikan diri. Ada yang mencari makna baru dalam hidup, memperkukuh hubungan keluarga, atau lebih menghargai kehidupan. Fenomena ini dikenali sebagai “post-traumatic growth” ataupun pertumbuhan psikologi positif selepas pengalaman getir. Namun, tidak semua melalui fasa ini dengan mudah.
Instrumen dalam kajian
Pasukan PenBCNeeds Study menggunakan beberapa instrumen yang telah disahkan dalam Bahasa Melayu untuk menilai aspek psikologi, sosial dan fizikal pesakit. Antaranya:
Temu bual pertama dilakukan secara bersemuka untuk membina kepercayaan. Temu bual seterusnya dilakukan melalui telefon bagi memudahkan pesakit.
Selain menilai keperluan, kajian ini turut melihat:
Hasil kajian
Kajian mendapati tiga keperluan paling banyak tidak dipenuhi ialah:
Pesakit muda, mereka yang berada pada tahap lanjut, dan mereka yang baru didiagnos cenderung mempunyai lebih banyak keperluan sokongan yang tidak dipenuhi. Ini mungkin kerana mereka aktif bekerja, membesarkan anak, dan masih belum terbiasa dengan sistem kesihatan.
Kajian seperti PenBCNeeds Study bukan sekadar untuk ahli akademik. Ia juga membantu kita melihat pesakit sebagai manusia, bukan sekadar “kes” dalam sistem kesihatan. Dengan memahami keperluan sebenar pesakit, pihak hospital, NGO, dan masyarakat boleh merancang:
Bagi keluarga dan rakan-rakan pesakit pula, kajian ini mengingatkan kita bahawa peranan sokongan moral sangat besar. Kadang-kadang, mendengar tanpa menghakimi lebih berharga daripada memberi nasihat panjang.
Kesimpulan
Kajian PenBCNeeds membuka mata tentang satu perkara penting: rawatan kanser bukan sekadar ubat atau mesin. Ia tentang manusia yang penuh dengan emosi, keluarga, kepercayaan dan keperluan unik masing-masing. Dengan memahami keperluan sokongan pesakit secara menyeluruh, kita boleh memberikan rawatan yang lebih berperikemanusiaan dan menyeluruh.
Apabila kita memahami dan memenuhi keperluan sokongan pesakit, kita bukan sahaja membantu mereka pulih secara fizikal, tetapi juga menguatkan semangat mereka untuk terus melangkah ke hadapan.