Penyertaan Staf PKTAAB Meriahkan Sambutan Hari Pekerja 2026 Bersama Kontinjen USM
May 01, 2026
(BANQUET HALL), BANGUNAN CANSELORI II, KAMPUS INDUK USM., November 13 2025
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM), sekali lagi melakar pencapaian antarabangsa apabila memeterai tiga Memorandum Persefahaman (MoU) strategik bersama rakan global dari Uzbekistan, Indonesia dan Gano Excel Industries. Majlis bersejarah itu berlangsung di Dewan Jamuan (Banquet Hall), Bangunan Canselori II, Kampus Induk USM.
Majlis yang bermula pada jam 9.30 pagi tersebut menghimpunkan tokoh akademik dan industri dari Uzbekistan, Indonesia, Malaysia serta wakil sektor bioteknologi tempatan.
Penyertaan pelbagai negara ini menggambarkan komitmen kukuh USM dalam memperluas jaringan antarabangsa demi memperkukuh penyelidikan, pendidikan dan inovasi, selaras dengan aspirasi SDG 4 (Pendidikan Berkualiti) dan SDG 17 (Jalinan Kerjasama Global).
Dalam ucapan alu-aluannya, Pengarah IPPT, Profesor Madya Dr. Bakiah Shaharuddin, menegaskan bahawa kerjasama antarabangsa bukan sekadar dokumen MoU, tetapi merupakan platform penting untuk memperkukuh pertukaran ilmu, meningkatkan kapasiti penyelidikan dan melahirkan tenaga profesional kesihatan yang berdaya saing di peringkat global.
“Majlis pada hari ini bukan sekadar upacara menandatangani dokumen, tetapi symbolik kepada aspirasi bersama untuk memperluas ilmu, memperkukuh kerjasama dan mencipta impak bermakna melalui kolaborasi,” ujar beliau.
Majlis pemeteraian menyaksikan tiga kerjasama utama iaitu:
IPPT turut mengalu-alukan kehadiran delegasi antarabangsa daripada Guangzhou University of Chinese Medicine (China), South China Agricultural University, Guangdong Ocean University serta Mae Fah Luang University (Thailand), sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan berterusan mereka dalam bidang pendidikan dan penyelidikan.
Dalam ucapan beliau, Pengarah IPPT juga merakamkan penghargaan kepada LLDIKTI Wilayah I Indonesia, yang diterajui oleh Profesor Dr. Saiful Matondang, atas usaha mereka memperkukuh hubungan akademik serantau. Majlis turut menyaksikan penyampaian Surat Hasrat (Letter of Intent, LOI) kepada sepuluh institusi antarabangsa, sekali lagi menegaskan kedudukan USM sebagai pusat pendidikan dan penyelidikan global terkemuka.
Ketiga-tiga MoU tersebut membuka ruang penting kepada peningkatan latihan profesional, pembangunan kapasiti tenaga kesihatan serta penyelidikan rentas negara yang menyokong pencapaian SDG 3 (Kesihatan Baik dan Kesejahteraan). Inisiatif ini turut memperkukuh aktiviti pertukaran akademik, penyelidikan bersama dan mobiliti pelajar serta pensyarah, selaras dengan matlamat SDG 4 dan SDG 17.
Pemeteraian MoU ini menandakan satu lagi langkah signifikan dalam usaha USM memperkukuh kolaborasi global serta menyokong agenda inovasi dalam bidang sains kesihatan dan pendidikan — seterusnya mengangkat kecemerlangan IPPT di persada antarabangsa.