Collaboration

Delegasi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Lawat Tapak PPUSMB

Published : 21 July 2023

Gambar 1
BERTAM, July 21 2023 -
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini hadir bagi membuat lawatan tapak di Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) dengan melihat dan meninjau persekitaran tapak.

Delegasi ini disertai oleh Puan Nadia Suriati Lias, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Governan IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi KPT, Cik Nur Amalina Ismail, Penolong Pengarah, Bahagian Governan IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi KPT dan Encik Ahmad Muttaqin Rabbani Abdullah, Peguam Kanan Persekutuan, Unit Undang-Undang KPT.

Hadir sama mengalu-alukan delegasi ialah Dr. Ida Shazrina Ismail, Timbalan Pengarah Akademik dan Antarabangsa IPPT, Dr. Khairul Anuar Che Azmi, Penasihat Undang-Undang USM, Encik Mohd Izwan Hamdan, Pegawai Undang-Undang USM, Dr. Rohayu Hami, Pensyarah Perubatan, Dr. Siti Mardhiana Mohamad, Pensyarah Perubatan, Encik Yusmadi Norashid, Ketua Pentadbiran, Puan Naziroh Shafii, Pegawai Tadbir.

Seterusnya, lawatan diteruskan bagi melihat kemudahan fasiliti yang ada di PPUSMB.

 #ippt #ppusmb #usm #kpt #welead

Teks: Mahirah Mahyidin/Foto: Norizan Ishak
Scroll to Top