Poster Ecosustain
IPPT, February 12 2025 -

Sistem Eco Sustain telah dibangunkan bagi menyokong pelaksanaan aktiviti kelestarian di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) dan PPUSMB. Sistem ini terdiri daripada beberapa modul, termasuk:

    1.Modul Pengiraan Pelepasan Gas Karbon Dioksida

    2.Modul Bawa Bekas Makanan/Minuman Sendiri

    3.Modul Pengumpulan (Bahan Kitar Semula, Jualan Lestari, E-Waste)

Setiap modul akan diaktifkan mengikut tempoh aktiviti kelestarian yang dijalankan.

Mulai 12 Februari 2025, Modul Pengiraan Pelepasan Gas Karbon Dioksida diaktifkan kepada semua staf bagi merekod maklumat perjalanan ke tempat kerja. Pengisian maklumat hanya diperlukan sekali sahaja setiap tahun. Inisiatif ini bertujuan membantu Jawatankuasa Kelestarian IPPT dan PPUSMB dalam menjejak dan menganalisis pelepasan karbon dioksida yang dihasilkan daripada perjalanan harian staf. Dengan ini, diharapkan kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar dapat dipertingkatkan.

Pelaksanaan sistem ini adalah satu langkah strategik ke arah pembangunan yang lebih lestari dan mampan. Oleh itu, pihak Jawatankuasa Kelestarian IPPT dan PPUSMB menyeru semua warga IPPT dan PPUSMB untuk menyokong inisiatif ini demi mencapai objektif kelestarian yang telah ditetapkan.

Sistem Eco Sustain boleh diakses melalui pautan berikut: https://ess.amdi.usm.my/. YBhg. Dato’ Seri/Datuk/Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan berpeluang menerima e-sijil dan mengumpul mata ganjaran bagi setiap penyertaan dalam aktiviti ini. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada:

 
Puan Nurulhuda Binti Abdul Jais
Pegawai Teknologi Maklumat
IT@AMDI
Tel: 04-562 2244
Emel: ajnurulhuda@usm.my

 
Puan Noor Akidah Binti Ubaidillah
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
IT@AMDI
Tel: 04-562 2256
Emel: noure@usm.my

5R - Refuse, Reduce, Repair, Reuse, Recycle
#kelestarianippt
#kelestarianppusmb


Teks disediakan oleh :  Nurulhuda Binti Abdul Jais
Teks disunting oleh   : Nurulhuda Binti Abdul Jais
Foto: Asnizal Haidy Bin Jasni
PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
12 Februari 2025

Scroll to Top