Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) hari ini, mengadakan lawatan kerja ke Makmal Cytogenomix Sdn Bhd. Cytogenomix adalah sebuah makmal diagnostik genetik yang berstatus ISO15189 dan akreditasi CAP yang menawarkan pelbagai pengujian genetik menggunakan platform NGS dan mempunyai pangkalan data genomik yang luas.
Antara tujuan lawatan adalah untuk membincangkan secara mendalam mengenai kepakaran, infrastruktur, dan potensi kolaborasi dalam bidang next- gene sequence (NGS) dan analisa genomik.
Hasil daripada perbincangan lawatan kerja ini, sedikit sebanyak IPPT dapat membuat tinjauan berkaitan kemudahan makmal dengan memahami proses kerja pengujian NGS dan SOP syarikat di samping dapat menjalinkan kerjasama secara lisan dalam usaha untuk berkolaborasi dalam bidang penyelidikan oleh para penyelidik IPPT. Antara potensi kolaborasi adalah melalui sesi latihan sangkutan industri untuk pelajar IPPT (research & mixed mode), sandaran industri untuk pensyarah IPPT, pinjaman alatan terpakai (in-kind) bagi tujuan penyelidikan dan penjanaan kewangan IPPT serta penganjuran bersama program saintifik.
Di samping itu, kolaborasi ini turut melibatkan perancangan kerjasama bagi pengujian diagnostik molekul yang penting untuk pengesanan perubahan genetik dalam kanser, pengembangan terapi bertarget, serta penyelidikan tambahan bagi ujian ubat termasuk ujian menilai perubahan genetik daripada peserta ujian klinikal ubat.
Melalui potensi kolaborasi antara kedua-dua institusi ini dapat memberikan sumbangan signifikan bagi mengembangkan aktiviti penyelidikan di IPPT dengan penglibatan industri.
Teks disediakan oleh : Dr. Nor Effa Syazuli Zulkafli & Dr. Ahzad Hadi Ahmad
Teks disunting oleh : Nur Aqilah Tajul Ashikin
#ippt #ppusmb #usm #WeLead