Community

Pendedahan Mengenai “Breast Prosthesis & Mastectomy Bra” kepada Pelajar Perubatan USM

Published : 05 January 2025

Pelajar perubatan turut sama dalam program tersebut bersama komuniti
CONDOMINIUM MUTIARA, BANDAR PERDA, BUKIT MERTAJAM, December 21 2024 -

Program Libatsama Komuniti yang diadakan di Condominium Mutiara, Bandar Perda, Bukit Mertajam pada 21 hb Disember 2024 turut memberi pendedahan mengenai “Breast Prosthesis & Mastectomy Bra” dan juga pemeriksaan kendiri payudara kepada pelajar Doktor Perubatan (MD USM) dari Insitut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT).

Photo By koleksi pengarang
Para peserta khusyuk mendengar ceramah mengenai kesedaran kanser payudaraa dalam program tersebut bersama komuniti


Seramai 8 orang pelajar kursus Doktor Perubatan tahun 1 turut dilibatkan dalam program ini yang dianjurkan oleh pasukan peyelidik daripada Breast Cancer Translational Research program (BCTRP)  bersama KRT  BLOK E Condominium Mutiara, Bandar Perda, Bukit Mertajam.  Program Libatsama dengan komuniti sangat penting dan merupakan salah satu langkah yang pertama dalam mencegah sebelum penyakit berlaku iaitu dipanggil "primary prevention". Ada pepatah yg menyebut "prevention is better than cure". Bermaksud adalah lebih baik kita mencegah sesuatu penyakit sebelum ia menjadi parah.

Photo By koleksi pengarang
Payudara palsu dan bra mastektomi disusun untuk pengagihan kepada pesertahusyuk mendengar ceramah mengenai kesedaran kanser payudaraa dalam program tersebut bersama komuniti



PROGRAM “BREAST CANCER PROSTHESIS & MASTECTOMY BRA” sudah hampir memasuki ke tahun yg ketiga. Program ini bernaung di bawah salah satu program penyelidikan di IPPT yang diketuai oleh PM Dr Badrul Hisham Yahaya .

Pada tahun 2024 buat julung-julung kalinya program ini berjaya melebarkan sayapnya ke Surabaya. Ia telah disambut baik oleh komuniti tukang jahit yang telah diajar teknik menjahit bra mastektomi dan kesemua peserta telah didedahkan mengenai pemakaian prostesis payudara.

Photo By koleksi pengarang
Bra mastektomi diperlukan bagi pemakai berasa selesa apabila mengenakan payudara palsu



Sebagai acara penutup libatsama komuniti pada tahun ini, program ini telah dianjurkan buat pertama kali dgn KRT Blok E Condominium Mutiara. Ia telah dipengerusikan oleh Prof Madya Dr Bakiah binti Shaharuddin, salah seorang penyelidik dari BCTRP IPPT. Seramai 30 orang pemandiri kanser payudara telah menyertai program ini di mana, 30 pasang bra mastektomi dan payudara palsu telah diedarkan. Kesemua payudara palsu dan bra mastektomi adalah dari sumbangan penyelidik dan orang ramai. Satu sesi ceramah kesedaran kanser payudara telah disampaikan oleh Pakar Pedah Pusat Perubatan USM Bertam, Dr hasmah Hussin. Demonstrasi pemeriksaan kendiri payudara juga telah disampaikan oleh Penyelia Jururawat dari Pusat Perubatan USM Bertam, Puan Falizah Abdul Kadir. 

Photo By koleksi pengarang
Payudara palsu yang diagihkan kepada peserta dibuat dari silikon bermutu



Setinggi penghargaan kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Semoga ia membawa banyak manfaat kepada pesakit kanser payudara yang telah menghadirinya. Diharap pasukan BCTRP@IPPT akan dapat bekerja sama dgn komuniti lain pula.

Bagi pelajar-pelajar perubatan, program seumpama ini telah dapat mengembangkan kemahiran sahsiah yang sangat kritikal dalam karier masa hadapan mereka seperti kemahiran berkomunikasi dan kepimpinan dalam komuniti.

Photo By koleksi pengarang
Ceramah kesihatan mengenai pemeriksaan kendiri payudara




SDG 3 - Ensure healthy lives and promote well-being for all at all ages
SDG 10 - Reduce inequality within and among countries
SDG 17 - Strengthen the means of implementation and revitalize the Global Partnership for Sustainable Development
Scroll to Top