Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) hari ini, menerima lawatan kunjungan dari Sekretariat Penyelidikan Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang membuat lawatan kerja ke Makmal Penyelidikan Berpuat (CRL) dan Seksyen Penyelidikan Haiwan (SPH), IPPT.
Delegasi lawatan yang diketuai oleh Profesor Dr. Suzana Shahar, Dekan Fakulti Sains Kesihatan, UKM disambut baik oleh Profesor Madya Dr. Badrul Hisham Yahaya - Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Jaringan) IPPT bersama pegawai-pegawai Sains CRL dan SPH, IPPT.
Photo By NORIZAN ISHAK
LAWATAN FAKULTI SAINS KESIHATAN UKM KE IPPT
Antara tujuan lawatan adalah untuk berkongsi dan menimba pengalaman, idea, maklumat dan kepakaran dalam bidang pengurusan makmal dan penyelidikan serta rumah haiwan di samping mengadakan sesi lawatan ke makmal-makmal dan pusat penyelidikan yang terdapat di IPPT sebagai penanda aras dan rujukan kepada Fakulti Sains Kesihatan, UKM.
Seramai 21 orang delegasi diketuai oleh Profesor Dr. Suzana Shahar, Dekan Fakulti Sains Kesihatan, UKM; Profesor Madya Dr. Satirah Zainalabidin dan Profesor Dr. Nor Fadilah Rajab merupakan Timbalan Dekan dan Mantan Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi) bersama-sama dengan 12 orang Pegawai Sains, empat (4) orang Pegawai Penyelidik, Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Pegawai Tadbir masing-masing seorang.
Photo By NORIZAN ISHAK
LAWATAN
FAKULTI SAINS KESIHATAN UKM KE IPPT
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Profesor Madya Dr. Badrul Hisham Yahaya, Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Jaringan) IPPT dan seterusnya ucapan oleh Profesor Dr. Suzana Shahar, Dekan Fakulti Sains Kesihatan, UKM.
Semua delegasi yang hadir kemudiannya dibawa melawat ke Makmal Penyelidikan Berpusat (CRL) dan Seksyen Penyelidikan Haiwan (SPH). Para delegasi turut mengadakan lawatan ke Klinik Onkologi, Radioterapi dan Brakiterapi dengan diiringi oleh Profesor Madya Dr. Muhamad Yusri Musa merupakan Pensyarah Perubatan, Dr. Miqdad Danial selaku Pegawai Perubatan dan Encik Mohd Zakir Kassim, Juru X-ray Seksyen Radiologi, Onkologi dan Perubatan Nuklear. Seterusnya, lawatan ke Unit Rehabilitasi yang dikendalikan oleh Encik Muhammad Akasyah Baharum selaku Ketua Perkhidmatan Rehabilitasi.
Photo By NORIZAN ISHAK
LAWATAN
FAKULTI SAINS KESIHATAN UKM KE IPPT
Hadir sama meraikan delegasi adalah Profesor Madya Dr. Rafidah Zainon, Profesor Madya Dr. Rabeta Mohd Salleh, Dr. Nor Azlina Khalil, Puan Nurulakma Zali, Puan Rafedah Abas, Puan Syazwani Ismail, Puan Naziroh Shafii dan Cik Nur Syazana Azizan.
Teks disediakan oleh : Nur Aqilah Tajul Ashikin
Teks disunting oleh : Naziroh Shafii
Foto: Norizan Ishak
Pusat Media & Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
15 Januari 2025