Achievement

LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT BIOLOGI KIMIA (CCB) KE MAKMAL PENYELIDIKAN BERPUSAT (CRL), USM MENINGKATKAN KECEKAPAN & KUALITI PENGURUSAN MAKMAL

Published : 03 February 2025

Staf CCB dan wakil CRL bergambar kenangan
MAKMAL PENYELIDIKAN BERPUSAT, January 20 2025 -

Pada 20 Januari 2025, Makmal Penyelidikan Berpusat (CRL), Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), menerima kunjungan delegasi dari Pusat Biologi Kimia (CCB) dalam sesi lawatan penanda aras yang memberi tumpuan kepada inovasi pengurusan makmal. Lawatan ini berlangsung dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari dan bertujuan memperkasakan pengetahuan delegasi CCB mengenai pengurusan, pengendalian, serta amalan teknikal dan pentadbiran yang lebih lestari dan efisien.

Ketibaan delegasi CCB telah disambut oleh Puan Syazwani Ismail, Puan Nurulakma Zali, dan Puan Azleen Mat Sharif. Para peserta lawatan diberikan penerangan terperinci mengenai pengurusan makmal CRL menerusi sesi lawatan makmal yang meliputi:

  • Prosedur keselamatan & pematuhan peraturan
  • Pengurusan peralatan & bahan kimia
  • Amalan terbaik dalam operasi makmal
  • Sistem pentadbiran & dokumentasi makmal

Selain itu, salah satu aspek utama yang diketengahkan ialah penggunaan teknologi seperti  transformasi digital dan sokongan kepada matlamat pembangunan mampan (SDG). Sistem ini telah digunakan di CRL bermula tahun 2024 bagi mempermudahkan proses pentadbiran, sejajar dengan usaha mengurangkan jejak karbon dan mempromosikan kelestarian alam sekitar.Selain itu, CRL turut memperkenalkan langkah “paperless” melalui digitalisasi. Ini selaras dengan beberapa Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), antaranya:

  • SDG 9 (Inovasi, Infrastruktur, dan Industri): Melalui penerapan teknologi moden seperti sistem QR code dan digitalisasi pengurusan.
  • SDG 12 (Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab): Menggalakkan amalan paperless untuk mengurangkan penggunaan sumber secara berlebihan.
  • SDG 17 (Kerjasama untuk Matlamat): Mewujudkan kerjasama antara CCB dan IPPT untuk mempromosikan perkongsian ilmu dan amalan terbaik dalam pengurusan makmal.

Sesi ini telah membuka ruang kepada perkongsian ilmu dan pengalaman dalam usaha meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan makmal di kedua-dua institusi. CRL berharap lawatan ini memberikan manfaat serta memperkukuhkan hubungan kerjasama antara USM dan CCB dalam bidang pengurusan makmal serta penyelidikan.

Photo By CRL
Staf CCB diberi penerangan berkaitan pengurusan makmal.

Pihak CRL mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sesi lawatan ini. Semoga perkongsian ilmu ini dapat menyumbang kepada penambahbaikan perkhidmatan makmal yang lebih berkualiti dan lestari.

Pertukaran idea dan pengalaman ini diharap dapat membantu CCB melaksanakan penambahbaikan yang relevan untuk mengukuhkan kecekapan, kelestarian, dan inovasi dalam perkhidmatan makmal mereka.

Semoga kerjasama strategik ini terus menyumbang kepada pembangunan ekosistem penyelidikan yang lestari, efisien, dan menyokong agenda global Matlamat Pembangunan Mampan.

#CRLIPPT #LawatanPenandaAras #KelestarianMakmal #PaperlessInitiative #SDG9 #SDG12 #SDG17


Photo By CRL
Staf CCB dibawa untuk melihat sendiri pengurusan makmal di CRL.


 

 


SDG 9 - Build resilient infrastructure, promote inclusive and sustainable industrialization and foster innovation
SDG 12 - Ensure sustainable consumption and production patterns
SDG 17 - Strengthen the means of implementation and revitalize the Global Partnership for Sustainable Development
Scroll to Top