AMDI Story

PROGRAM BADMINTON AMDI’S MERDEKA SCISMASH CHAMPIONSHIP 1.0 ”JIWA MERDEKA” ERATKAN UKHUWAH ANTARA STAFF DAN PELAJAR

Published : 24 August 2024

PROGRAM BADMINTON AMDI'S MERDEKA
KOMPLEKS SUKAN KOMUNITI PINANG TUNGGAL, KEPALA BATAS, PENANG., August 24 2024 -


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PULAU PINANG, 24 Ogos 2024 - Program perlawanan badminton AMDI’s Merdeka SciSmash Championship “Jiwa Merdeka” yang julung-julung kali diadakan ini mendapat sambutan hangat dan berjaya mengeratkan ukhuwah antara staf dan juga pelajar. Program anjuran Persatuan Pelajar Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (ASA 2023/2024) dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam (UHEIS), USM ini juga diadakan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-67 bertemakan “Jiwa Merdeka” yang bertempat di Kompleks Sukan Komuniti Pinang Tunggal, Kepala Batas, Penang.

Photo By ASA/UHEIS
PROGRAM BADMINTON AMDI'S MERDEKA

Perlawanan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu lelaki dan wanita, telah menarik penyertaan berjumlah 64 peserta yang terdiri daripada kalangan staf termasuk pensyarah, dan pelajar. Setiap pasangan beregu terdiri daripada seorang staf dan seorang pelajar. Uniknya, staf dan pensyarah telah dibahagikan mengikut empat zon yang dinamakan bersempena dengan warna-warna dalam bendera Malaysia iaitu Merah, Putih, Biru, dan Kuning. Zon biru diketuai oleh Kapten Zon Dr. Mohd Yusmaidie Aziz terdiri daripada Jabatan Toksikologi dan PPUSMB, manakala Zon Putih diketuai oleh Kapten Zon Dr. Mohammad Syamsul Reza terdiri daripada Jabatan Sains Bioperubatan, Kesihatan Komuniti, dan dari ARC, CRL, SPH.
Zon Merah yang terdiri daripada Perubatan Klinikal, Jabatan Perubatan Pengimejan dan Sains@Bertam diketuai oleh Kapten Zon Dr. Ahzad Hadi Ahmad manakala Zon Kuning disertai oleh Jabatan Sains Pergigian, Kejuruteraan/Biomaterial dan Unit Rehabilitasi diketua oleh Kapten Zon Dr. Ahmad Fakrurrozi Mohamad.

Photo By ASA/UHEIS
PROGRAM BADMINTON AMDI'S MERDEKA


Perlawanan badminton yang diadakan secara beregu ini bermula pada pukul 9 pagi dengan bacaan doa oleh Ustaz Hasnizar Elias, diikuti oleh ucapan dan perasmian oleh Profesor Madya Dr. Bakiah binti Shaharuddin yang menjalankan fungsi Pengarah IPPT dan diikuti simbolik servis oleh beliau bersama Dr. Muhammad Amir bin Yunus, Ketua Jabatan Sains Bioperubatan. Hadir untuk memberikan sokongan moral kepada para peserta dan memeriahkan lagi program ialah Dr. Ida Shazrina binti Ismail, Timbalan Pengarah Bahagian Akademik & Antarabangsa IPPT, Prof. Madya Dr. Hasni bin Arshad, Timbalan Pengarah Bahagian Penyelidikan & Jaringan IPPT, serta Ketua Jabatan Sains Pergigian, Dr Noor Ayuni binti Ahmad Shafiai.
Lebih menarik lagi, program ini telah mendapat beberapa penajaan, termasuklah Masjid Al-Malik Khalid USM, Pusat Sukan dan Rekreasi USM dan daripada staf IPPT.

Photo By ASA/UHEIS
PROGRAM BADMINTON AMDI'S MERDEKA


Dalam kategori lelaki, juara telah dimenangi oleh pasangan dari Zon Kuning yang terdiri daripada Encik Zambri, staf dari unit kejuruteraan dan Muhammad Firdaus, pelajar Sarjana. Naib juara jatuh kepada pasangan dari Zon Putih, iaitu En Norhiman dari ARC dan Muhammad Ariffuddin, pelajar Sarjana. Tempat ketiga pula dimenangi oleh pasangan dari Zon Putih, Encik Muhammad Hazim, dari Unit Rehabilitasi dan Yahaya Bappah Suleiman, calon Doktor Falsafah dari Nigeria. Tempat keempat diraih oleh pasangan dari Zon Kuning, Dr. Ahmad Naqib dan Profesor Madya Dr Tan Jun Jie (diganti oleh Lim Jian Xin).
Manakala dalam kategori wanita, pasangan dari Zon Putih, iaitu Cik Ira Maya Sophia, dari ARC dan Qistina Aulieya, pelajar Latihan Industri telah dinobatkan sebagai juara. Naib juara dimenangi oleh pasangan dari Zon Biru, Nurul Asykin, pelajar Sarjana dan Profesor Madya Dr. Bakiah binti Shaharuddin (diganti oleh Nur Izzati).

Photo By ASA/UHEIS
PROGRAM BADMINTON AMDI'S MERDEKA

Tempat ketiga disandang oleh pasangan dari Zon Merah, Puan Noor Akidah, staf dari IT@amdi dan Nur Syafiqa, pelajar Latihan Industri. Tempat keempat diraih oleh pasangan dari Zon Biru, Puan Srly dari PPUSMB dan Nur Izzati, pelajar Latihan Industri.
Zon Putih telah menerima anugerah ”Zon dengan Mata Terkumpul Paling Terbanyak” manakala Zon Kuning dianugerahkan "Zon Paling Bersemangat dan Bersifat Kesukanan" atas semangat kesukanan dan kerjasama mereka. Program ini berakhir pada jam 3.30 petang dengan ucapan penutup diberikan oleh Dr. Ida Shazrina binti Ismail.
Perlawanan ini turut diselaraskan dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 3 yang bertujuan untuk “mempromosikan Kesihatan yang Baik dan Kesejahteraan” dan SDG 16 untuk “mempromosikan masyarakat yang damai dan inklusif.” Secara keseluruhannya, AMDI’s Merdeka SciSmash Championship “Jiwa Merdeka” 2024 ini bukan sahaja berjaya mencapai objektif untuk mengeratkan ukhuwah antara staf dan juga pelajar, tetapi juga menyemarakkan semangat kesukanan dan patriotisme dalam kalangan warga IPPT.

Teks disediakan oleh: Nur Alia Afifah binti Zakaria
Teks disunting oleh: Dr. Asmida Isa & Ustaz Hasnizar Elias

Scroll to Top