Lawatan Bendahari dan Delegasi ke PPUSMB
BERTAM, August 16 2023 -
Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) telah menerima kunjungan daripada Bendahari USM, YBrs. Encik Rafizal Abdul Rahim dan delegasi hari ini.

Turut hadir pada sesi lawatan ini Puan Zanita Zakaria, Timbalan Bendahari Kanan (Kelestarian Kewangan), Encik Wan Mazlan Wan Ab Rahman, Timbalan Bendahari Kanan (Operasi Kewangan dan Perakaunan), dan Puan Norehan Mohd Basheer, Timbalan Bendahari (Seksyen Pengurusan Perakaunan).

Sesi ini diadakan bagi membincangkan aspek-aspek penjanaan, perancangan penambahbaikan yang disyorkan dan mengenai isu serta cabaran yang dihadapi dalam pengurusan kewangan turut dikongsikan dalam sesi tersebut.

Hadir sama dalam sesi perbincangan ini Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin, Pengarah IPPT dan PPUSMB, Puan Iza Rahayu Abd Rahim,Ketua Kewangan Baharu IPPT, Prof Madya. Dr. Hasni Arsad, Timbalan Pengarah Penyelidikan & Jaringan, Prof Madya. Dr. Khariah A. Karim, Timbalan Pengarah Klinikal, Kelestarian & Piawaian, Dr. Ida Shazrina Ismail, Timbalan Pengarah Akademik dan Antarabangsa, Dr. Fitreena Anis Amran, Encik Yusmadi Rashid, Puan Naziroh Shafii, Puan Balkhis Sa'id, Ahli Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi IPPT serta Ahli Jawatankuasa Pengurusan PPUSMB.

Sesi ini diakhiri dengan lawatan ke PPUSMB bagi melihat fasiliti, kemudahan yang ada disini dan sesi fotografi.

Teks: Mahirah Mahyidin/Foto: Norizan Ishak
Scroll to Top