Poster
PPUSMB, February 18 2023 -
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,  
 
Tuan/Puan,  
  
PROGRAM BERKHATAN KOPERASI MASJID AL-MALIK KHALID UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.  
  
2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Koperasi Masjid Al-Malik Khalid Universiti Sains Malaysia melalui Unit Hal Ehwal Islam (UHEIS) IPPT dengan kerjasama  Pusat Komuniti IPPT dan Pusat Perubatan USM Bertam akan menganjurkan program Program Berkhatan @Pusat Perubatan USM Bertam pada ketetapan seperti berikut : 
 
Tarikh    : 18 dan 19 Februari 2023  
Hari        :  Sabtu dan Ahad
Masa      : 8.30 pagi  
Tempat  : Pusat Perubatan USM Bertam
 
3.    Justeru, penyertaan dibuka kepada anak - anak warga staf Universiti Sains Malaysia dan komuniti sekitar yang berminat untuk menyertai program ini. Penyertaan boleh dibuat melalui pautan berikut : http://www.wasap.my/60173926121  atau sila imbas kod QR berikut : 
Share on WhatsApp



4.    Kami memohon doa dan sokongan dari pihak Tuan/Puan agar program ini berjalan lancar. Semoga majlis seumpama ini dapat memberikan manfaat dan kesejahteraan buat seluruh warga staf Universiti Sains Malaysia dan komuniti sekitar . Perhatian dan sokongan dari pihak Tuan/Puan kami akhiri dengan ucapan Terima Kasih. 
 
Sekian, Wassalam.  

Scroll to Top