Community

Gotong-Royong Perdana Makmal Penyelidikan IPPT

Published : 19 May 2025

Poster Gotong Royong
KOMPLEKS PENYELIDIKAN HAIWAN, May 19 2025 -

OMPLEKS PENYELIDIKAN HAIWAN, 19 Mei 2025- Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia telah menganjurkan Gotong-Royong Perdana Makmal Penyelidikan yang melibatkan seluruh warga kerja penyelidikan IPPT. Program ini dilaksanakan secara menyeluruh di dua komponen utama makmal, iaitu Makmal Penyelidikan Berpusat (Central Research Laboratory, CRL) dan Makmal Patologi Veterinar @SPH, kedua-duanya terletak di Kompleks Penyelidikan Haiwan (ARC). Program ini turut diadakan bersempena Minggu Kelestarian USM 2025, menjadikannya sebahagian daripada inisiatif universiti untuk mempromosikan amalan lestari dalam komuniti kampus.

Photo By CRL
Aktiviti penyusunan semula bahan kimia dan peralatan makmal, pelabelan aset, pelupusan sisa makmal dan bahan kimia secara selamat, serta menceriakan ruang sekitar makmal


Program ini telah berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan penglibatan daripada para penyelidik, staf makmal dan pelajar pascasiswazah. Tujuan utama gotong-royong ini adalah untuk memastikan ruang makmal berada dalam keadaan bersih, tersusun dan selamat serta memenuhi piawaian amalan makmal terbaik.


                                                                                                         

Photo By Dr Siti Hawa Ngalim
Web Lab Recycling Management


Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program termasuk pembersihan menyeluruh ruang makmal, penyusunan semula bahan kimia dan peralatan makmal, pelabelan aset, pelupusan sisa makmal dan bahan kimia secara selamat, serta menceriakan ruang sekitar makmal. Di Makmal Patologi Veterinar @SPH, tumpuan turut diberikan kepada aspek kebersihan dan pematuhan kepada prosedur biosafety dan biosekuriti, memandangkan fungsi makmal tersebut yang berkait rapat dengan pengurusan haiwan kajian.

Dalam masa yang sama, turut dijalankan adalah aktiviti Web Lab Recycling Management yang diketuai oleh Dr. Siti Hawa Ngalim. Inisiatif ini bertujuan memperkenalkan pendekatan lestari dalam pengurusan semula bahan makmal terpakai seperti plastik, kaca dan bahan pembungkusan kimia. Ia secara langsung menyokong prinsip kitar semula dalam konteks penyelidikan makmal, sejajar dengan amalan makmal hijau.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen IPPT terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDG), terutamanya:

·         SDG 3: Kehidupan Sihat dan Sejahtera – melalui penyediaan persekitaran makmal yang selamat dan sihat.

·         SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran yang Bertanggungjawab – melalui pelupusan dan pengurusan bahan makmal secara beretika dan lestari.

·         SDG 13: Tindakan terhadap Perubahan Iklim – menerusi usaha mengurangkan sisa dan amalan kitar semula makmal melalui program Web Lab Recycling Management.

·         SDG 17: Perkongsian untuk Mencapai Matlamat – dengan penglibatan pelbagai pihak dalam semangat kolaborasi dan tanggungjawab bersama.


Kesimpulannya, Gotong-Royong Perdana ini bukan sahaja berjaya meningkatkan tahap kebersihan dan keselamatan makmal, tetapi juga memupuk budaya kerja berpasukan, keprihatinan terhadap kelestarian dan pengurusan makmal secara profesional. Sebagai sebahagian daripada Minggu Kelestarian USM 2025, program ini turut menzahirkan usaha bersepadu IPPT dalam menyokong visi USM sebagai universiti lestari terulung di peringkat global. Diharapkan agar inisiatif ini akan terus diperkasakan secara berkala demi mewujudkan persekitaran penyelidikan yang mampan dan cemerlang di IPPT.

#SustainabilityUSM

#GreenCampusUSM

#WeLead


SDG 3 - Ensure healthy lives and promote well-being for all at all ages
SDG 12 - Ensure sustainable consumption and production patterns
SDG 13 - Take urgent action to combat climate change and its impacts
SDG 17 - Strengthen the means of implementation and revitalize the Global Partnership for Sustainable Development
Scroll to Top