AMDI Story

PROGRAM QURBAN DAN AQIQAH PERINGKAT IPPT/PPUSMB 2025 DISAMBUT DENGAN JAYANYA

Published : 10 June 2025

PROGRAM QURBAN DAN AQIQAH PERINGKAT IPPT-PPUSMB 2025
SEKSYEN KEJURUTERAAN,IPPT USM, June 10 2025 -

BERTAM, 10 Jun 2025- Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Unit Hal Ehwal Islam Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (UHEIS, IPPT) telah menganjurkan Program Ibadah Qurban dan Aqiqah Peringkat IPPT dan PPUSMB 1446H/2025M yang berlangsung hari ini di Seksyen Kejuruteraan, IPPT USM. 

Photo By NORIZAN ISHAK
PROGRAM QURBAN DAN AQIQAH PERINGKAT IPPT-PPUSMB 2025


Program Qurban dan Aqiqah Peringkat IPPT/PPUSMB telah berjaya menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat khususnya dalam kalangan warga USM untuk turut serta ke majlis tersebut. Program dimulakan dengan ketibaan Naib Canselor USM, Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed yang disambut baik oleh Pengerusi Program, Profesor Madya Dr. Hasni Arsad; Pengarah Program, Ustaz Mohd Mohsin Sirun; Timbalan Pengarah Pembangunan Projek Khas, Profesor Dr. Siti Noor Fazliah Mohd Noor dan Ketua Seksyen Kejuruteraan, Encik Mohd Hizam Mohd Hanif. 

Photo By NORIZAN ISHAK
PROGRAM QURBAN DAN AQIQAH PERINGKAT IPPT-PPUSMB 2025


Sebanyak lima (5) ekor lembu dan tiga (3) ekor kambing telah disembelih dan diproses. 5 ekor lembu telah berjaya disembelih dengan jayanya oleh En. Masli Abd Majid (Lembu 1), Ustaz Mohd Mohsin Sirun (Lembu 2), Ustaz Mohd Lokman Mukhtar (Lembu 3), En. Md Hisham Abd Razak (Lembu 4) dan Encik Mohd Shariff Kassim (Lembu 5). Manakala, 3 ekor kambing telah disembelih oleh Ustaz Mohd Mohsin Sirun (Kambing 1), Encik Muhammad Shahril Azmi (Kambing 2) dan Ustaz Hasnizar Elias (Kambing 3). 
Program Qurban dan Aqiqah Peringkat IPPT/PPUSMB 2025 ini berjaya memperlihatkan kerjasama antara semua jabatan IPPT/PPUSMB di mana turut melibatkan penglibatan semua warga staf dan pelajar di sini. Seramai 32 orang Ahli Jawatankuasa dan 22 orang Sukarelawan IPPT/PPUSMB yang telah melibatkan diri dalam Program Ibadah Qurban dan Aqiqah yang dijalankan pada tahun ini.

Photo By NORIZAN ISHAK
PROGRAM QURBAN DAN AQIQAH PERINGKAT IPPT-PPUSMB 2025


Pengarah Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) & Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB), Prof. Madya Dr. Bakiah Shaharuddin, turut bersama-sama meluangkan masa melihat penglibatan kesemua petugas yang terlibat dalam menjayakan program ini. Edaran daging secara sedekah dan hadiah dijalankan bermula pada jam 12.30 tengahari kepada semua penerima yang layak serta jamuan makan tengahari turut disediakan kepada semua petugas dan peserta program.

Photo By NORIZAN ISHAK
PROGRAM QURBAN DAN AQIQAH PERINGKAT IPPT-PPUSMB 2025

Photo By NORIZAN ISHAK
PROGRAM QURBAN DAN AQIQAH PERINGKAT IPPT-PPUSMB 2025
Melalui majlis ini juga dilihat dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain terutamanya antara barisan kepimpinan dan pengurusan universiti bersama warga staf, pesara dan pelajar Universiti Sains Malaysia.

Photo By NORIZAN ISHAK
PROGRAM QURBAN DAN AQIQAH PERINGKAT IPPT-PPUSMB 2025


Teks disediakan oleh:  Cik Nur Aqilah Tajul Ashikin
Teks disunting oleh: Ustaz Mohd Mohsin Sirun
Foto: Norizan Ishak
Pusat Media & Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
10 Jun 2025

Scroll to Top