Achievement

IPPT RANGKUL LIMA ANUGERAH CEMERLANG DALAM ACADEMIA FIESTA@USM 2024

Published : 28 October 2024

ACADEMIA FIESTA@USM 2024
USM PULAU PINANG, October 28 2024 -
Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik (CDAE) Universiti Sains Malaysia (USM), dengan kerjasama Bahagian Akademik dan Antarabangsa, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni telah mengadakan Sambutan Academia Fiesta@USM bersempena dengan Bulan Akademia Kebangsaan.
Photo By IPPT
ACADEMIA FIESTA@USM 2024
Matlamat utama Academia Fiesta@USM 2024 adalah sebagai inisiatif memperkukuhkan inovasi akademik dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) khususnya dalam era digital dan globalisasi pada masa ini.
Majlis Academia Fiesta@USM 2024 yang berlangsung di Dewan Persidangan Universiti (DPU), USM ini disempurnakan oleh Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed yang memberikan penekanan berkaitan kepentingan menggalakkan inovasi dan kreativiti serta tumpuan kepada reka bentuk dan pengembangan bahan PdP yang relevan dengan keperluan semasa.
Bertemakan “Building Networks of EduChamps”, program ini turut menjadi platform untuk mempamerkan usaha Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik (CDAE) melalui Pelan Strategik CDAE 5.0 yang menekankan transformasi PdP berpusatkan pelajar (SCL), integrasi teknologi, pembelajaran sepanjang hayat, dan penghasilan Kursus Terbuka Global, selari dengan visi USM untuk memimpin dalam bidang pendidikan dan teknologi.
Dalam pertandingan ini, IPPT rangkul lima (5) anugerah membawa pulang dua (2) Pingat Emas, dua (2) Anugerah Khas, dan satu (1) Pingat Gangsa.
Dua (2) Pingat Emas dirangkul bagi Kategori 2: Bahan Sokongan PdP dimenangi oleh pasukan Profesor Madya Dr. Bakiah Shaharuddin, Puan Hasniza Amno, Puan Nurulhuda Abdul Jais dan Encik Mohamed Hafiz Mansor mengetengahkan ‘Sistem VR Discovery: Inovasi Pengurusan Data 3D di Perpustakaan Akademik. Manakala, Pingat Emas kedua dirangkul oleh pasukan Profesor. Madya Dr. Siti Noor Fazliah Mohd Noor, Puan Hasniza Amno dan Puan Nurulhuda Abdul Jais dengan tajuk ‘APRIM (Aplikasi Rujukan Istilah Melayu) dan LARIM (Laman Sesawang Rujukan Istilah Bahasa Melayu)’.
Photo By IPPT
ACADEMIA FIESTA@USM 2024

Selain itu, IPPT turut merangkul Anugerah Pingat Gangsa bagi Kategori 2: Bahan Sokongan PdP dengan tajuk Revolusi Penjagaan Paliatif Kanser dengan E-Pembelajaran: Meningkatkan Pengetahuan dan Kualiti Hidup oleh pasukan Puan Leong Yit Siew dan Puan Divanee Chandrasegar.
Bagi Anugerah Khas, IPPT turut merangkul dua (2) anugerah iaitu bagi kategori Anugerah Khas Jumlah Bilangan Modul MC Tertinggi (Tempat Ketiga) dengan bilangan modul yang ditawarkan sebanyak 21 modul. Manakala Anugerah Khas seterusnya IPPT turut memenangi bagi kategori Anugerah Khas Penjanaan Kewangan melebihi RM5000 (Tempat Ketiga) oleh pasukan Profesor. Madya Dr. Rafidah Zainon, Dr. Nurdianah Harif Fadzilah, Dr. Nizuwan Azman, Puan Zaleha Md Toha dan Puan Norjana Ismail.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan daripada Pengarah dan seluruh warga IPPT dan PPUSMB kepada semua pemenang. Pengarah turut menyeru supaya staf akademik dan staf lain sama-sama berganding bahu untuk menghasilkan lebih banyak kandungan dan produk inovasi dalam pengajaran & pembelajaran.

Photo By IPPT
ACADEMIA FIESTA@USM 2024
Teks Disediakan oleh: Nur Aqilah Tajul Ashikin
Teks Disunting oleh: Naziroh Shafii
Pusat Media & Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
13 November 2024
Scroll to Top