Community

Sambut Raya dengan Gaya Lestari: Edisi khas Jualan Lestari!

Published : 05 April 2024

Jualan Lestari Edisi Raya 2024
IPPT, BERTAM, April 4 2024 -
Atmosfera Raya mula dirasai di Foyer PPUSMB dengan kemunculan Jualan Lestari Edisi Raya yang memukau bermula dari 25 Mac 2024 hingga 4 April 2024. Dengan pelbagai pakaian preloved yang bergaya dan aksesori yang menarik, acara ini menawarkan peluang kepada masyarakat untuk memilih pilihan pakaian dan aksesori yang unik serta menjimatkan.


                                                                         Jualan Lestari Sekitar Foyer PPUSMB

"Jualan Lestari Edisi Raya adalah inisiatif yang bertujuan untuk menggalakkan amalan pembelian bijak dan mengurangkan pembaziran pakaian semasa sambutan Hari Raya. Pengukuran prestasi (KPI) jualan lestari kita melibatkan lebih sekadar aspek kewangan, tetapi melibatkan tanggungjawab sosial dan alam sekitar." -- Puan Hasniza Amno, Ketua Projek Jualan Lestari Edisi Raya.

Jualan ini terbuka kepada semua warga IPPT/PPUSMB, pesakit, waris dan pelawat di PPUSMB. Sebagai pelanggan lestari mereka berpuas hati dengan pelbagai pilihan pakaian preloved yang berkualiti dari pelbagai jenama dan gaya. Dari pakaian tradisional hingga moden, setiap item menawarkan nilai dan keunikan tersendiri. Selain itu, aksesori seperti tudung, kasut, beg, dan perhiasan juga turut menjadi tumpuan dengan harga yang berpatutan.

Melalui Jualan Lestari Edisi Raya, IPPT/PPUSMB memberikan contoh komitmen mereka yang tinggi terhadap kelestarian alam. Dengan menyokong amalan pembelian bijak dan penggunaan semula pakaian, mereka menggalakkan masyarakat untuk menjaga sumber alam yang terhad dan mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar.

Acara ini bukan sahaja menggamit kenangan tentang keindahan sambutan Hari Raya, tetapi juga mengajak kita semua untuk merayakan dengan cara yang lebih lestari dan bermakna.

Tahniah kepada penderma, pelanggan, dan sukarelawan yang prihatin terhadap alam sekitar! Terima kasih atas sokongan anda dalam menjaga kelestarian alam melalui amalan-amalan lestari yang memberi impak positif kepada masyarakat dan planet kita. Semangat kesedaran dan tindakan anda adalah sumber inspirasi untuk kita semua. Teruskan usaha anda yang mulia!

Banner Program

SDG 1 - End poverty in all its forms everywhere
SDG 3 - Ensure healthy lives and promote well-being for all at all ages
SDG 10 - Reduce inequality within and among countries
SDG 12 - Ensure sustainable consumption and production patterns
SDG 13 - Take urgent action to combat climate change and its impacts
SDG 17 - Strengthen the means of implementation and revitalize the Global Partnership for Sustainable Development
Scroll to Top