Expert Column

Jangkitan kulat dalam masyarakat

Doblin Sandai


Published : 15 December 2021

Practical Guide and Atlas for the Diagnosis of Fungal Infections 2017, The AGA KHAN University Microsporum canis - Mikroidium berbentuk gelendong dengan dinding tebal kasar dan melengkung ke satu sisi. (x40)

Doblin Sandai
Kluster Infektomik, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), USM
 
Jangkitan kulat dalam masyarakat sering diabaikan kerana dianggap tidak membahayakan nyawa. Namun begitu, masalah akan dirasai apabila terdapat jangkitan seperti kurap di celah peha, kelemumur di kulit kepala, panau di muka, hakisan kuku dan cecair hanyir putih pada alat kelamin. Kanak-kanak awal remaja merupakan golongan yang mudah mendapat jangkitan kulat kerana mereka suka berkongsi barang-barang dan melakukan aktiviti yang melibatkan sentuhan seperti bersukan atau berolahraga. Kajian mendapati terdapat sebilangan remaja menunjukkan perubahan tingkah laku, hilang yakin diri dan kemerosotan prestasi akademik. Oleh itu, masyarakat perlu dibekalkan dengan informasi yang boleh membantu mereka memahami dan mencegah masalah jangkitan ini. 

Tinea capitis adalah jangkitan kulat terhadap kulit kepala dan rambut dengan dermatofit. Ianya merupakan masalah terutamanya dalam kalangan kanak-kanak awal remaja. Organisma penyebab ialah daripada spesies Trichophyton dan Microsporum. Spesies Microsporum seperti Microsporum canis bersifat zoofilik iaitu menyukai haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing. 

Tinea corporis ialah jangkitan kulat pada bahagian kulit badan, kaki dan lengan dengan dermatofit. Organisma penyebab ialah daripada spesies Trichophyton, Microsporum dan Epidermofiton floccosum. Microsporum canis daripada kucing dan anjing dan Trichophyton verrucosum daripada haiwan ternakan di kawasan pendalaman. 

Tinea cruris ialah jangkitan kulat pada bahagian badan iaitu pangkal paha dan kawasan kemaluan dengan dermatofit. Organisma penyebab ialah antropofilik dermatofit Epidermofiton floccosum dan Trichophyton rubrum. Hakisan kulit dan luka lecitan pada pangkal paha menggalakkan jangkitan. Biasanya berjangkit kebahagian badan yang lain sangat mudah berjangkit melalui tuala mandi yang sudah tercemar, lantai dan sebagainya.

Tinea pedis ialah jangkitan kulat dermatofit pada kaki. Merupakan masalah sejagat, tetapi tetapi biasanya pada negara yang mempunyai tempat sukan yang dihadiri oleh pelbagai latar belakang manusia yang mempunyai kemudahan tempat mandi. Organisma penyebab utama ialah Trichophyton rubrum, Epidermophyton floccosum dan richophyton mentagrophytes var. interdigitale juga didapati. 

Tinea manuum ialah jangkitan kulat pada tangan atau jejari dengan dermatofit. Organisma penyebab yang paling kerap ialah dermatofit antropofilik iaitu Trichophyton mentagrophytes var.interdigitale, Trichophyton rubrum dan Epidermophyton floccosum. Bagi dermatofit zoofilik ialah Microsporum canis (kucing dan anjing), dan Trichophyton verrucosum (haiwan ternakan), Trichophyton mentagrophytes var. mentagrophytes (tikus) dan Trichophyton erinacae (landak). 

Tinea unguium ialah jangkitan kulat dermatofit pada jejari tangan dan kaki.. Organisma penyebab paling kerap penyebab ialah spesies antropofilik Trichophyton mentagrophytes var.interdigitale, Trichophyton rubrum. Jangkitan pada kuku jari adalah jarang oleh spesies zoofilik. Kesan adalah lebih daripada 80% pada populasi orang dewasa. 

Kandidiasis kulit adalah jangkitan kulat pada kulit disebabkan oleh kulat dari genus Candida. Organisma penyebab adalah daripada kebanyakan oleh Candida albicans diikuti Candida tropikalis. Flora normal pada kulit, mulut, saluran usus, dan faraj. Gangguan fungsi penghalang epidermis boleh membawa kepada pertumbuhan yg pesat dan jangkitan.

Kandidiasis ialah jangkitan kulat pada faraj atau vulva oleh spesies yang berasal dari genus Candida atau dikenali sebagai seriawan faraj. Organisma penyebab ialah Candida albicans didapati lebih daripada 80% jangkitan. Kehamilan dapat menimbulkan jangkitan kronik atau berulang. Lebih lazim dalam kalangan wanita yang menghidap diabetis melitus. 


 
Microsporum canis - Mikroidium berbentuk gelendong dengan dinding tebal kasar dan melengkung ke satu sisi. (x40) (Practical Guide and Atlas for the Diagnosis of Fungal Infections 2017, The AGA KHAN University) 


PDF
Scroll to Top