Community

Program Rehlah Sains 2025 meriahkan Baling dengan aktiviti STEM interaktif

Published : 23 June 2025

Gambar aktiviti
BALING, June 23 2025 -

23 Jun 2025, Baling, Kedah – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui kolaborasi bersama Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara (PSNCWU) dan Akademi Sains Malaysia (ASM) telah menganjurkan Program Rehlah Sains 2025, salah satu inisiatif utama di bawah Minggu Sains Negara (MSN). Program ini telah berlangsung pada hari Isnin, 23 Jun 2025 (Isnin) bertempat di Maahad Tahfiz Sains Yayasan Khairiah, Baling, Kedah.

Photo By Maahad Tahfiz Sains Yayasan Khairiah
Gambar kumpulan penyelidik dan fasilitator




Dua orang pensyarah dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM), iaitu Prof. Madya Dr. Rafidah Zainon dan Dr. Asmida Isa yang juga merupakan ahli Young Scientists Network - Academy of Sciences Malaysia (YSN-ASM) telah dijemput untuk menyertai program ini bagi mengendalikan aktiviti sains berasaskan penyelidikan yang interaktif dan menyeronokkan bersama para pelajar.

Photo By Rafidah Zainon
Gambar aktiviti



Tujuan utama program ini adalah untuk membudayakan sains, teknologi dan inovasi (STI) dalam kalangan pelajar sekolah, di samping meningkatkan kesedaran tentang peranan penting STI dalam kehidupan seharian. Program ini juga menyasarkan pembangunan minda kritikal, pemikiran inovatif, serta menyemai semangat keusahawanan dan inovasi sosial dalam kalangan pelajar.

Photo By Maahad Tahfiz Sains Yayasan Khairiah
Gambar aktiviti



Lebih daripada 1,000 pelajar, guru dan ibu bapa dari Maahad Tahfiz Sains Yayasan Khairiah dan sekolah-sekolah berdekatan telah menghadiri program ini. Pelbagai pengisian menarik telah dilaksanakan sepanjang hari termasuk Bicara Sains, pameran pendidikan, aktiviti hands-on STEM, Bicara Kerjaya, serta kuiz interaktif melalui platform Kahoot!.

Photo By Maahad Tahfiz Sains Yayasan Khairiah
Gambar pameran


Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara turut membawa Bas Pameran Sains Bergerak yang menampilkan pelbagai pameran interaktif dan eksperimen sains mudah alih. Inisiatif ini memberikan peluang kepada pelajar untuk mengalami sains secara lebih dekat, kreatif dan menyeronokkan.

Photo By Asmida Isa
Gambar aktiviti


Photo By Asnida Isa


Gambar Aktiviti


Gambar Aktiviti



SDG 4 - Ensure inclusive and equitable quality education and promote lifelong learning opportunities for all
Scroll to Top