Community

PENGLIBATAN DMR-IPPT DI KARNIVAL ONE HOPE 2025 UNTUK PEMERIKSAAN KOGNITIF DAN KESEDARAN DEMENSIA DI PICCA CONVENTION CENTRE, BUTTERWORTH ARENA, PULAU PINANG

Published : 17 June 2025

Gambar 1. Pasukan petugas di reruai DMR-IPPT bersama Datuk Chua Sui Hau, Pengerusi One Hope Charity
PICCA CONVENTION CENTRE, BUTTERWORTH ARENA, May 17 2025 -

BUTTERWORTH, 17-18 Mei 2025 – Pasukan penyelidik dari Dementia Multidisciplinary Research Program (DMR-IPPT), Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia telah menyertai Karnival Kesihatan One Hope yang berlangsung meriah di PICCA Convention Centre, Butterworth Arena. Program ini merupakan inisiatif komuniti anjuran One Hope Charity & Welfare bagi menyampaikan saringan kesihatan secara percuma kepada masyarakat setempat.

Photo By DMR-IPPT
 Saringan kognitif menggunakan instrumen MoCA

Sepanjang dua hari karnival berlangsung, reruai DMR-IPPT telah menarik perhatian ramai pengunjung dengan pelbagai aktiviti interaktif dan ilmiah berkaitan kesihatan penuaan secara sihat. Penyertaan ini turut menjadi platform pendidikan awam yang penting dalam usaha meningkatkan kesedaran awal tentang kemerosotan kognitif dan demensia dalam kalangan warga Butterworth dan kawasan sekitarnya.

Photo By DMR-IPPT
Peserta melakukan aktiviti 'brain games'



Aktiviti utama di reruai DMR-IPPT termasuklah:

a)  Saringan kognitif menggunakan instrumen MoCA (Montreal Cognitive Assessment) yang memberi peluang kepada orang ramai menjalani saringan kognitif secara percuma bagi mengenalpasti tanda awal kemerosotan fungsi otak,

b)  Soal-selidik kesedaran awam tentang demensia di mana pengunjung reruai diminta untuk menjawab soalan berkaitan demensia secara sukarela untuk mengenalpasti tahap kefahaman masyarakat mengenai demensia, seterusnya menyokong pembangunan program intervensi yang lebih berfokus,

c)  Permainan otak (brain games) iaitu aktiviti senaman untuk otak bagi merangsang fungsi kognitif dan fokus dalam suasana santai dan menyeronokkan,

d) Latihan kaligrafi yang memberi peluang kepada pengunjung mencuba seni kaligrafi yang bukan sahaja mengasah kemahiran motor halus, malah membantu dalam aspek kesedaran dan ketenangan mental, dan

e)     Pengalaman realiti raya (VR) yang berjaya menarik minat golongan muda dan dewasa untuk bermain permainan interaktif dan relaksasi sebagai terapi digital alternatif dalam dunia maya.

Pasukan petugas di reruai DMR-IPPT terdiri daripada Prof. Madya Dr. Hazwani Ahmad Yusof @ Hanafi, Dr. Rohayu Hami, Dr. Siti Mardhiana Mohamad, Dr. Syamimi Shamsuddin, Dr. Noor Mastura Mujar, Dr. Nurdiana Zainol, dan Dr. Ernest Mangantig. Kesemua ahli pasukan memainkan peranan penting dalam memberikan pencerahan kepada pengunjung dengan pendekatan yang profesional tetapi mesra komuniti.

Photo By DMR-IPPT
Peserta melakukan latihan kaligrafi


Karnival ini bukan sekadar acara kesihatan, malah menjadi jambatan ilmu dan kesedaran antara institusi akademik dan masyarakat umum. Pihak DMR-IPPT amat berbesar hati dapat menyumbang kepada usaha ini dan berharap untuk terus memperkasakan inisiatif awam seumpama ini pada masa hadapan.

                                                                                                     

                                                                                                                                                                    Photo By DMR-IPPT
                                                                                                                                     Peserta mencuba permainan dan relaksasi menggunakan teknologi VR





SDG 3 - Ensure healthy lives and promote well-being for all at all ages
Scroll to Top