JAKEB
ANIMAL RESEARCH COMPLEX (ARC), December 1 2023 -

Bertemakan ARC Hijau, Warga Memukau, bertarikh 1 Disember 2023 telah berlangsungnya aktiviti gotong-royong ‘Jom ARC Kerja Bakti’ (JAKEB) melibatkan semua warga di Kompleks Penyelidikan Haiwan (ARC, IPPT USM. Jawatankuasa ini terdiri daripada Staf Pengurusan Bahagian Penyelidikan & Jaringan (BPJ), Central Research Laboratory (CRL), Seksyen Penyelidikan Haiwan (SPH), pelajar IPPT, USM dan pekerja kontrak (pembersihan) seramai 70 orang.

Aktiviti ini diketuai oleh Puan Azleen Binti Mat Shariff selaku Pengerusi (JAKEB) dan dibantu oleh Saudara Muhammad Ariffuddin bin Abd Hamid selaku Presiden yang mewakili pelajar, IPPT USM. Program ini dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan sesi taklimat oleh Dr. Nor Azlina binti Khalil yang merupakan Timbalan Pengerusi (JAKEB) bagi membuat pengagihan kumpulan dan tugas.

Beberapa kawasan yang terlibat dalam aktiviti ini adalah di ruangan makan dan Taman Herba, Lanskap Laman Pelajar dan ruang belajar pelajar ARC. Turut disediakan kudapan pagi dan juga jamuan tengahari untuk semua warga ARC yang terlibat dalam menjayakan program ini.


Teks disediakan oleh:

Puan Noor Fazlina Mohtar
Gambar : Cik Zatin Era Azera Zakir


SDG 3 - Ensure healthy lives and promote well-being for all at all ages
SDG 13 - Take urgent action to combat climate change and its impacts
SDG 15 - Protect, restore and promote sustainable use of terrestrial ecosystems, sustainably manage forests, combat desertification, and halt and reverse land degradation and halt biodiversity loss
SDG 17 - Strengthen the means of implementation and revitalize the Global Partnership for Sustainable Development
Scroll to Top