Collaboration

IPPT TERIMA KUNJUNGAN LAWATAN DEKAN PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN (PPSP)

Published : 22 June 2023

Gambar 1
BERTAM, June 22 2023 -
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) telah menerima kunjungan lawatan daripada Profesor Dr. Abdul Razak Sulaiman, Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) serta Profesor Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin, Timbalan Dekan Akademik, Kerjaya dan Antarabangsa.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk melihat fasiliti yang berkaitan dengan Program Ijazah Doktor Perubatan (MD USM+1) di IPPT.

Selain itu, aktiviti lawatan dimulakan di Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) dan diikuti oleh lawatan ke SAINS@Bertam, dimana lawatan di PPUSMB diketuai oleh Profesor Madya Dr. Noor Khairiah A. Karim, Timbalan Pengarah Klinikal, Kelestariandan Piawaian.

Lawatan diteruskan ke Klinik Pakar Perunding, Wad Pesakit Dalam, Wad Rawatan Harian, Unit Rawatan Rapi, Unit Dewan Bedah, Unit Kecemasan dan Penjagaan Ambulatori, Klinik Pergigian serta Unit Senaman dan Rehabilitasi.

Seterusnya, lawatan di SAINS@Bertam pula diketuai oleh Dr. Ida Shazrina Ismail, Timbalan Pengarah Akademik dan Antarabangsa, antara fasiliti yang dikunjungi ialah auditorium, Academic Learning Space, Bilik Kuliah, perpustakaan, Makmal Latihan Klinikal, Muzium Anatomi dan Patologi serta Makmal Pelbagai Guna.

Pada akhir lawatan perbincangan diteruskan berkaitan program MD USM+1 telah dipengerusikan oleh Profesor Dr. Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin, Pengarah IPPT.

Keseluruhannya pihak PPSP berpuas hati dengan fasiliti di IPPT bagi pelaksanaan program MD USM+1 bagi pengambilan para pelajar Fasa I (pre-klinikal) pada tahun 2024.



Teks: Nur Anis Syamimi Mohamamd Azmi/Suntingan: Mahirah Mahyidin/Foto: Norizan Ishak


Scroll to Top