Achievement

Peningkatan Aksesibiliti Penyelidikan Melalui Pengenalan Sistem Pengurusan Makmal Baru

Published : 14 March 2024

Sesi Taklimat
MAKMAL PENYELIDIKAN BERPUSAT (CRL), IPPT, March 14 2024 -
Bertempat di Bilik Seminar ARC, Makmal Penyelidikan Berpusat (CRL), IPPT telah mengambil satu inisiatif baru dengan mewujudkan sistem untuk permohonan penggunaan dan akses ke makmal-makmal di CRL. Oleh itu, CRL telah mengadakan satu taklimat berkaitan dengan sistem tersebut yang dinamakan Research Laboratory Management System (RLMS) kepada kumpulan pertama yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah IPPT.

CRL dalam proses menukar prosedur permohonan penggunaan dan akses ke makmal-makmal secara manual kepada sistem dalam talian baharu yang telah dibangunkan oleh pihak PPKT, IPPT yang terdiri daripada Cik Salmiza Zakaria, En Asnizal Haidy Jasni dan Pn. Nurulhuda Abdul Jais. Pihak PPKT telah membantu dalam memastikan sistem ini dapat dibangunkan mengikut keperluan CRL yang bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam pengurusan di CRL.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Rafedah Abas selaku Ketua Seksyen CRL tentang tatacara penggunaan sistem ini kepada Pelajar dan Penyelia masing-masing dan dibantu oleh beberapa orang staf CRL iaitu Puan Nurandlia, Puan Nur Hikmah, Puan Halianis dan Puan Norjana semasa sesi praktikal.

Dengan adanya Research Laboratory Management System (RLMS) ini diharapkan para pelajar dan pensyarah IPPT khususnya serta pelajar luar IPPT dan luar USM dapat membuat permohonan untuk menggunakan makmal-makmal penyelidikan di CRL dengan lebih mudah dan pantas serta dapat mengurangkan tempoh menunggu pelajar tersebut untuk mendapatkan kebenaran penggunaan dan akses ke makmal CRL.

Secara keseluruhan, Makmal Penyelidikan Berpusat (CRL) sentiasa mempraktikkan amalan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) di dalam operasi organisasi. Bagi pelaksanaan inisiatif ini, 3 komponen berkaitan pembangunan lestari ditekankan bagi menyokong sasaran SDG. Ini merangkumi SDG 4 - Pendidikan Berkualiti ; SDG 9 - Industri, Inovasi, dan Infrastruktur; SDG 17 – Kerjasama dan Matlamat. Projek seperti sistem pengurusan makmal baru ini telah membawa manfaat yang meluas dan membawa kita lebih dekat kepada matlamat pembangunan mampan yang diingini oleh komuniti.

SDG 4 - Ensure inclusive and equitable quality education and promote lifelong learning opportunities for all
SDG 9 - Build resilient infrastructure, promote inclusive and sustainable industrialization and foster innovation
SDG 17 - Strengthen the means of implementation and revitalize the Global Partnership for Sustainable Development
Scroll to Top