Community

Warga IPPT gotong-royong laksana ibadah korban dalam norma baru

Published : 03 August 2020


BERTAM, August 3 2020 -

Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia hari ini telah mengadakan program ibadah korban dalam suasana yang berbeza bagi memenuhi arahan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Majlis Korban dan Akikah peringkat Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, USM hari ini telah berjaya mengagihkan daging korban kepada lebih 350 orang penerima yang terdiri daripada fakir miskin dan warga IPPT sempena Hari Raya Aidiladha.

Sebanyak 7 ekor lembu telah disembelih dan kesemuanya adalah hasil daripada individu yang menyertai ibadah korban dan akikah bagi tahun ini.

Majlis Korban dan Akikah yang dijalankan ini adalah merupakan aktiviti tahunan sempena Hari Raya Aidiladha yang laksanakan secara bergotong-royong oleh staf IPPT sendiri dari pelbagai jawatan. Program ini telah diadakan di Perkarangan Bangunan Kejuruteraan IPPT dalam situasi amalan norma baru.

Kerja-kerja menyembelih, melapah dan membungkus daging lembu untuk diagihkan kepada warga IPPT dan orang awam bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir tiga jam kemudian. Majlis sebegini dapat menggalakkan kerjasama dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara warga IPPT.

Scroll to Top