Collaboration

PPUSMB Tekad Menguruskan Hazad Demi Pembangunan Kelestarian Di Tempat Kerja

Published : 27 September 2023

Sesi Bergambar bersama Penceramah dan Peserta
BILIK SEMINAR ARC, IPPT, September 19 2023 -
Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) dengan kerjasama Unit Persekitaran,  Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE IPPT), Pejabat PengarahIPPT telah berjaya mengadakan Bengkel Pengenalpastian Hazad, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC) Siri 2 yang bertempat di Bilik Seminar ARC. Seramai 40 orang staf  daripada pelbagai unit di PPUSMB telah hadir ke bengkel yang dianjurkan ini. Bengkel ini merupakan Kursus HIRARC ke 2 yang telah diterajui oleh anggota Unit OSHE IPPT iaitu Dr. Maisarah Nasution Waras, En. Mohd Sharqawi Omar dan En. Norhiman Ahmad. 

Menurut peserta bengkel, En. Khairul Nizam, bengkel yang diadakan ini sangat membantu staf di unit masing-masing untuk memahami akan bahaya dan risiko yang dihadapi semasa melakukan apa apa kerja. Malah, bengkel ini juga membantu staf menilai sama ada kawalan sedia ada untuk mengurangkan risiko bahaya cukup atau tidak.

Tentatif bengkel di akhiri dengan pembentangan setiap kumpulan hasil aktiviti pengenalpastian hazad, penilaian risiko dan kawalan risiko di unit kerja masing-masing. Perbincangan dan dialog tentang hal-hal berkaitan dengan aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di PPUSMB juga turut diadakan di antara anggota Unit OSHE IPPT dan para peserta yang hadir ketika sesi permbentangan berlansung.

Sesi Pendahuluan Ceramah

Penganjuran bengkel seperti ini menunjukkan komitmen yang sangat baik dari pihak pengurusan PPUSMB terhadap pengurusan hazad dan risiko di tempat kerja  Pihak Unit OSHE IPPT berbesar hati dan mengucapkan terima kasih terhadap maklumbalas dan sokongan daripada staf yang hadir ke kursus ini. 

TEKS:
DR. MAISARAH NASUTION WARAS, EN. NORHIMAN AHMAD, EN. MOHD SHARQAWI OMAR

Nota: Pihak Unit OSHE IPPT mengalu-alukan maklumbalas berkaitan persekitaran, keselamatan dan kesihtan pekerjaan daripada semua warga IPPT dan PPUSMB melalui borang aduan dan emel osheippt@usm.my.

SDG 13 - Take urgent action to combat climate change and its impacts
Scroll to Top