Penyampaian cenderamata kepada pihak sekolah
BERTAM, January 13 2023 -
Jabatan Kesihatan Komuniti, IPPT, USM dengan kolaborasi SK Bertam Indah, Sekolah Berprestasi Tinggi, Program Bukan Soal Kurus, dan Kementerian Pengajian Tinggi hari ini telah mengadakan sekali lagi Program PROSAS 2.0 bagi memupuk gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal bagi mengatasi masalah lebihan berat badan dan obesiti dalam komuniti Kepala Batas, Pulau Pinang. 



Dalam usahasama yang mendapat sokongan daripada Bahagian Jaringan, Industri dan Masyarakat (BJIM), USM dan Kesatuan Guru-Guru Malaysia Barat (KGMB), Cawangan Pulau Pinang ini yang merupakan susulan kesinambungan dari Program PROSAS 1.0, dan kini PROSAS 2.0 mensasarkan guru-guru sekolah rendah dan komuniti. 



PROSAS 2.0 ini diketuai oleh Dr Mastura Mujar yang melibatkan 30 peserta dari USM, SKBI dan KOMUNITI ini bagi menyahut cabaran sihat. 
Antara pengisian program ialah aktiviti fizikal, siri ceramah kesihatan, penghasilan bakat sebagai jurulatih kecergasan (TOT) dan pembangunan modul kesihatan. 



Inisiatif ini diharapkan dapat memupuk gaya hidup sihat dalam komuniti melalui persekitaran yang kondusif dan mesra keluarga, sekali gus dapat menerapkan aktiviti secara fizikal sebagai amalan seharian.

Scroll to Top